|
Ali Mabuha Rahamad kongsi pengalaman di Amerika Syarikat dengan khalayakMENCARI kelainan dalam persembahan lukisan potret dengan sentuhan tafsiran mencabar minda adalah ayat paling tepat bagi menghuraikan sejumlah karya Ali Mabuha Rahamad dalam genre ini yang berlangsung di Balai Seni Visual Negara (BSVN), Kuala Lumpur, sehingga 31 Januari 2012.\n\n\n\nPameran Solo Kembara Di Sarang Seni oleh pelukis kelahiran tempatan itu yang kini menetap di Los Angeles, Amerika Syarikat, menampilkan lebih 200 karya daripada 15 siri berbeza yang dihasilkan Ali Mabuha sejak akhir 1970-an sehingga tahun ini dengan tema berkaitan sosial, politik, budaya dan alam semula jadi. \n\n\n\n\nKurator pameran, Nur Hanum Khairuddin berkata, menerusi pameran itu, pengunjung akan dapat menyaksikan perkembangan aliran seni beliau dari awal pembabitannya dalam bidang sehingga hari ini sebagai seorang pelukis yang belajar daripada pengalaman.“Pengunjung akan dapat menyaksikan perkembangan hasil kesenian Ali Mabuha daripada surrealisme serba puitis yang terkawal kepada ekspresionisme serba agresif yang meluap-luap dan kadangkala ada unsur abstrak di dalamnya.“Peralihan gaya ini memperlihatkan perubahan paradigma dan sikap beliau di dalam melihat keadaan yang menimpa diri dan orang lain secara umumnya,” katanya.Ali Mabuha yang juga salah seorang ahli kumpulan Anak Alam, karya surrealis beliau pada awalnya sering kali menampilkan subjek penuh misteri dan aneh seperti burung, wanita, gurun serta kuil dengan gaya persembahan yang membangkitkan pelbagai persoalan.\n\n\n“Karya ekspresionis beliau pula menampakkan kekecewaan dan kemarahannya terhadap sikap neo-imperialisme Barat menerusi imej kesengsaraan dan penderitaan,” kata Nur Hanum.Ali Mabuha ketika ditemui Galeri berkata, beliau mengambil keputusan untuk pulang dan mengadakan pameran solo di negara ini kerana sebagai rakyat Malaysia, beliau ingin berkongsi pengalaman yang sudah ditimba di negara lain dengan khalayak tempatan.“Saya ingin berkongsi pandangan dengan peminat seni tampak mengenai perkara yang berlaku di sekeliling kita. Dua siri terbaru dalam pameran ini contohnya mengenai masyarakat di Palestin dan konflik di Asia Barat,” katanya.Sebelum ini, Ali Mabuha pernah menyertai beberapa pameran solo dan berkumpulan di Amerika Syarikat seperti di Malibu California, Los Angeles pada 2006, Bergamot Station Arts Center, Los Angeles (2010), Levantine Center Gallery, Los Angeles (2010) serta Festival Seni Asia Selatan, Los Angeles (2010).INFOPameran Solo Kembara Di Sarang Seni Kembara Di Sarang SeniLokasi: Balai Seni Visual Negara (BSVN), Kuala LumpurTelefon: 03 4025 4990 / 03 4026 7000 Tarikh: Sehingga 31 Januari 2012Karya: 200
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|