CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2170|Reply: 6

Used Car Dealer PUAKA......!

[Copy link]
Post time 6-1-2012 03:31 AM | Show all posts |Read mode
Deposit kereta terpakai jutaan ringgit lesap

KUALA LUMPUR: Sebuah syarikat jualan kereta terpakai di Klang dipercayai mengaut keuntungan hampir mencecah jutaan ringgit dengan penipu sekurang-kurangnya 85 mangsa dengan cara melengah-lengahkan kereta dipesan sehingga memaksa pembeli membatalkan urus niaga, sekali gus mengakibatkan deposit mereka hangus.

Kebiasaannya, pengusaha itu menabur pelbagai janji seperti memudahkan wang pinjaman bank, tetapi apabila deposit diberikan, kereta terlalu sukar dikeluarkan dengan macam-macam alasan sehingga menyebabkan pembeli ‘berpatah arang’.

Semalam, seramai 11 pembeli yang menjadi mangsa mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat bagi mendapatkan khidmat nasihat bagi mendapatkan semula wang mereka.

Wakil kepada semua mangsa terbabit, Izhab Ismail, 52, berkata, mereka ditipu syarikat terbabit sejak tiga tahun lalu dan terpaksa berputih mata untuk menggunakan kenderaan baru daripada pelbagai jenis bernilai antara RM20,000 hingga lebih RM100,000.

Katanya, tidak berpuas hati dengan tindakan syarikat itu, mereka bersemuka dengan pemiliknya dan meminta penjelasan selain ingin wang deposit dikembalikan kerana urus niaga dibatalkan atas pelbagai alasan termasuk pinjaman tidak diluluskan.

“Bagaimanapun, rungutan kami tidak dilayan sebaliknya kami diminta untuk menambahkan beberapa lagi bayaran tertentu kononnya bagi memudahkan proses mendapatkan semula kenderaan diinginkan,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Depositkeretaterpakaijutaanringgitlesap/Article/index_html



kedai setan mana satu nie?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2012 11:26 AM | Show all posts
bakorrr je..
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2012 02:53 PM | Show all posts
kalau x salah kat forum mana ntah citer psl sorang lelaki (india) di jb yg menyamar jd used car dealer
dia tepek sumer keta yg best2 dgn harga rendah..then soh org bank in deposit if nak dtg tgk keta (means that if dia kat jb n buyer kat kl jumoa kat melaka)
bila tiba ari x muncul2...
or ade juga kes lelaki sama soh bank in deposit sbb konon ade buyer lain nak book dulu...so bila nak tgk rupanya keta tu bukan owner nak jual pun...
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2012 08:40 PM | Show all posts
aritu ada baca kes ni kat low yat (F&F)
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2012 09:22 PM | Show all posts
list kan lah mana2 dealer car puaka ni...
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2012 10:35 PM | Show all posts
Nape dok kabor  nama Used Car Puaka ni:@
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-1-2012 11:00 AM | Show all posts
nama persatuan pon tak ble blah.  TT suruh dorang tukar dulu nama persatuan SukaGuam tersebut.

balik pada topik, mmg ada co yg mmg kerja dia menipu dan membelit pengguna.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-12-2024 01:29 AM GMT+8 , Processed in 0.261762 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list