CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 237|Reply: 0

‘Skuad cacamarba’

[Copy link]
Post time 30-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Pemain tidak miliki enam aspek kecergasan: Syed AzmirKEGAGALAN pemain mencapai tahap kecergasan optimum dan sistem latihan yang berteraskan kemahiran semata-mata tanpa berorientasikan sains sukan adalah antara lima faktor yang menjadi punca skuad sepak takraw negara mempamer prestasi buruk di Sukan SEA XXVI, bulan lalu.\rSetiausaha Kehormat Persatuan Sepak Takraw Perlis yang memiliki ijazah Sarjana Muda Sains Sukan (UM) dan Sijil Perguruan Khas Pendidikan Jasmani Kesihatan (IPDA), Syed Azmir Syed Ahmad berkata, kesan daripada tiadanya tahap kecergasan optimum dapat dilihat dengan jelas menerusi tindak balas pemain di  gelanggang.\r\n\n\n\n\r  “Kita dapati pemain tidak memiliki enam aspek kecergasan iaitu ketangkasan, kelajuan, kuasa, koordinasi, masa tindak balas dan imbangan yang memberi kesan ketara kepada servis yang tidak konsisten, lompatan rejaman yang tidak tinggi, servis dan rejaman yang tidak laju, tiadanya ketangkasan dan kelajuan dalam pergerakan serta pertahanan yang lemah,” katanya.\r\r\n\n\n\n\n  Syed Azmir yang mengikuti dan menyaksikan skuad sepak takraw berlatih serta beraksi dalam beberapa kejohanan turut menegaskan fokus latihan skuad negara hanya berteraskan kemahiran semata-mata dan ia tidak banyak beza dengan sistem latihan cara lama.\r“Saya optimis bahawa kegagalan mengaplikasi aspek sains sukan dalam sistem latihan adalah salah satu punca utama tersungkurnya skuad negara dan jika ia dibiarkan tanpa tindakan penambahbaikan segera bukan mustahil Malaysia akan pulang tanpa pingat pula di Sukan Asia 2014,” katanya.\rSyed Azmir turut mendedahkan kelemahan psikologi turut menjadi faktor utama yang menyumbang kepada prestasi buruk itu kerana pemain gagal mengawal tahap kebangkitan (aurousal) dan kebimbangan (anxiety) yang menjejaskan persembahan mereka.\r“Kegagalan Majlis Sukan Negara (MSN) dalam mengenal pasti dan memilih dua perunding dari Thailand turut memburukkan pencapaian skuad negara selain kegagalan badan itu menerapkan kekuatan aspek psikologi di kalangan pemain kerana ahli psikologi yang dilantik bukan berkelulusan dalam bidang berkenaan sebaliknya bidang kaunseling,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 03:09 PM GMT+8 , Processed in 0.054967 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list