|
Rajagobal akur misi pertahan Piala Suzuki makin mencabarHARI ini genap setahun skuad bola sepak kebangsaan menamatkan kemarau 14 tahun dengan kejayaan menjulang trofi Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta selepas menewaskan Indonesia 4-2 menerusi agregat.\n\n\n\nNamun, ketua jurulatih Harimau Malaya, Datuk K Rajagobal tidak mahu bersikap mudah kerana bimbang cuma ada masa 11 bulan lagi sebelum anak didiknya turun ke gelanggang mempertahankan mahkota kejuaraan.\n\n\n\n\n\n“Saya tak boleh janji kita dapat mengekalkan gelaran kerana cabaran nanti pasti bertambah sengit, tambahan kita akan menjadi tuan rumah,” katanya, semalam.Malaysia dan Thailand akan menjadi tuan rumah bersama untuk aksi peringkat kumpulan bermula 24 November 2012.Lagi berita lanjut mengenai Piala Suzuki 2012, dapatkan akhbar Berita Harian hari ini.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|