|
TIDAK seperti Lions XII yang menyenaraikan 11 pemain lebih umur dalam skuad 29 pemain untuk Liga Super 2012, jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee terbukti ‘lebih berani’ apabila mengumumkan senarai 28 pemain untuk Liga Singapura 2012 – semua berusia bawah 23 tahun.\rMengambil kira usia selepas 1 Januari 2012, Kim Swee menyenaraikan hanya tiga pemain 23 tahun – Mahali Jasuli, Affize Faisal Mamat dan V Kavichelvan serta tiga pemain 22 tahun – Izzaq Faris Ramlan, Syahid Zaidon dan penjaga gol Terengganu, Shahril Saari.\r\n\n\n\n\r Selebihnya, lapan pemain 21 tahun – Fadhli Shas, Wan Zack Haikal Wan Nor, A Thamil Arasu, Irfan Fazail, Wan Zaharulnizam Zakaria, Izham Tarmizi Roslan, Ferris Danial Mat Nasir dan penyerang Kuala Lumpur, Ahmad Hazwan Bakri; empat pemain 20 tahun – Fandi Othman, D Saarvindran, Gary Steven Robbat dan Amer Saidin serta empat pemain 19 tahun – Syahrul Azwari Ibrahim, Nazirul Naim Che Hashim, Shahrul Saad dan Farhan Abu Bakar.\r\r\n\n\n\n\n Malah bagi melengkapkan skuadnya, Kim Swee turut menyenaraikan enam pemain ‘lepasan sekolah’ berusia 18 tahun – Nazmi Faiz Mansor, Syazwan Tajuddin, Akmal Ishak, Azizan Nordin, Nur Areef Kamaruddin dan Firdaus Muhammad.\r“Masih ada dua slot kosong yang boleh diisi. Saya bariskan ramai pemain muda ini sebagai persiapan kita untuk menghadapi Kelayakan Kejuaraan B22 AFC 2013 Jun depan dan Sukan SEA 2013 di Myanmar.\r“Secara peribadi, saya letakkan sasaran lima teratas Liga Singapura 2012 untuk memotivasikan pemain bagi memberi cabaran hebat kepada pasukan lawan,” kata Kim Swee ketika dihubungi, semalam.\rNamun pengendali berusia 41 tahun itu yang akan memulakan latihan di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, 3 Januari ini, kecewa apabila tidak mendapat apa-apa butiran mengenai saingan Liga Singapura setakat ini.\r\n\n\n\r“Saya hanya tahu aksi pertama liga pada 9 Februari. Bertemu siapa, di mana gelanggang sendiri kami dan bila majlis undian, saya tak dimaklumkan langsung oleh pihak Singapura. Ia mengganggu persiapan,” jelasnya.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|