|
Turut didenda RM200,000 gara-gara bersifat perkauman ke atas Evra\rLONDON: Penyerang Liverpool, Luis Suarez digantung lapan perlawanan serta didenda 40,000 pound (RM200,000) kerana mengeluarkan perkataan bersifat perkauman terhadap pertahanan Manchester United, Patrice Evra semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris di Anfield Oktober lalu, menurut FA kelmarin.\r\n\n\n\n\r Penyerang antarabangsa Uruguay itu didapati bersalah kerana salah laku menggunakan ‘perkataan menghina’ kepada Evra semasa perlawanan 15 Oktober lalu, termasuk merujuk kepada warna kulit pertahanan Perancis itu.\r\r\n\n\n\n\n Suarez dalam mesej menerusi Twitter berkata: “Hari ini adalah hari paling sukar dan menyakitkan buat saya dan keluarga. Terima kasih kepada semua yang memberi sokongan.”\rPengurus Liverpool, Kenny Dalglish pula berkata: “Sangat kecewa dengan keputusan hari ini. Ini adalah masa Luis Suarez memerlukan sokongan. Jangan biarkan dia berjalan seorang diri.” \rFA mengumumkan keputusan ke atas Suarez, yang berulang kali menafikan dakwaan itu dalam laman web (www.thefa.com) selepas perbicaraan yang bermula 14 Disember lalu.\rSuruhanjaya itu berkata: “Encik Suarez menggunakan perkataan menghina kepada Encik Evra semasa perlawanan yang bertentangan dengan Peraturan FA E3(1). \r\n\n\nPerkataan menghina yang digunakan Encik Suarez termasuk merujuk kepada warna kulit Encik Evra dalam pengertian Peraturan E3(2). \r“Encik Suarez diberi amaran tidak mengulangi perbuatan itu dan dia digantung lapan perlawanan kompetitif dalam semua pasukan utama dan didenda 40,000 pound (RM200,000).” – Reuters
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|