View: 255|Reply: 0
|
UDA kaji pembangunan tapak Penjara Pudu
[Copy link]
|
|
UDA Holdings Bhd perlu mengkaji terlebih dulu cadangan Kementerian Kewangan (MoF) membahagikan tanah bekas tapak Penjara Pudu sebelum dibangunkan sebagai Bukit Bintang City Centre (BBCC), bagi memastikan ia benar-benar memaksimumkan nilai tanah berkenaan.Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed, berkata kajian itu kini sedang dijalankan oleh sebuah jawatankuasa eksekutif yang diketuai seorang Ahli Lembaga Pengarah UDA Holdings sebelum ia dikemukakan semula kepada MoF.\n\n\n\n Katanya, amat penting sebarang pelaksanaan terhadap pembangunan tanah seluas kira-kira lapan hektar itu dibuat secara berhati-hati dan tidak secara tergesa-gesa kerana ia membabitkan kelangsungan operasi syarikat serta 1,400 kakitangannya.\n\n\n\n\n\n “Bagi UDA, tanah ini adalah kesinambungan terhadap survival syarikat pada masa depan dan Lembaga Pengarah syarikat bersetuju supaya sebarang bentuk pembangunan perlu mengutamakan kepentingan UDA Holdings terlebih dulu,” katanya menerusi kenyataan dikeluarkan di Kuala Lumpur, semalam.UDA Holdings sebelum ini diarahkan MoF untuk membuat pindaan terhadap pelan induk pembangunan tapak Penjara Pudu yang menyaksikan tanah berkenaan dibahagikan kepada tiga plot dengan dua daripadanya akan dimajukan syarikat Bumiputera yang layak.Arahan itu dikeluarkan selepas MoF menolak cadangan UDA Holdings untuk melantik syarikat berkaitan kerajaan (GLC) China, Everbright International Construction Engineering Corporation (EICEC) yang membabitkan pelaburan asing sebanyak RM4 bilion.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|