View: 228|Reply: 0
|
FDI suku keempat kekal positif
[Copy link]
|
|
PELABURAN langsung asing (FDI) ke Malaysia dijangka kekal positif pada suku keempat tahun ini meskipun wujud ketidaktentuan persekitaran ekonomi dunia. \rMenteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata prestasi memberangsangkan dicatatkan pada suku ketiga dijangka berterusan pada suku keempat, disokong inisiatif yang dilaksanakan kerajaan dalam merangsang pertumbuhan ekonomi negara.\r\n\n\n\n\r Beliau berkata, dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, FDI Malaysia melonjak 42 peratus kepada RM26.4 bilion berbanding RM18.6 bilion dalam tempoh yang sama tahun lalu.\r\r\n\n\n\n\n “Walaupun wujud ketidaktentuan dalam pasaran global, saya percaya aliran kemasukan FDI suku keempat akan mencatatkan aliran yang sama seperti dicatatkan pada suku ketiga,” katanya pada majlis makam malam anjuran Deloitte Malaysia di Kuala Lumpur kelmarin.\rMustapa berkata, pihaknya sentiasa bekerja keras dalam mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan menarik di rantau Asia dan juga menggalakkan pelabur tempatan supaya meningkatkan pelaburan domestik dalam usaha mencapai aspirasi kerajaan mencatatkan pertumbuhan ekonomi lima peratus setiap tahun.\rBeliau berkata, keadaan persekitaran ekonomi makro dan politik yang stabil juga dapat menarik pelabur jangka panjang untuk terus melabur di negara ini.\r“Kami sentiasa memantau setiap langkah yang dilaksanakan dan juga fokus dalam mencapai sasaran yang ditetapkan dalam Petunjuk Prestasi Utama (KPI),” katanya.\r\n\n\n “FDI sangat penting dan ia dijangka terus menjadi antara penyumbang penting kepada pertumbuhan ekonomi negara,” jelasnya. \rMustapa berkata, pihaknya akan memberi tumpuan dalam menarik lebih banyak pelaburan dalam sektor perkhidmatan yang dilihat menjadi pemacu utama kepada pertumbuhan ekonomi negara pada masa depan.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|