CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 270|Reply: 0

Kelebihan Malaysia pikat pelabur

[Copy link]
Post time 13-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Pelan jangka panjang lonjak kedudukan 10 teratas destinasi pelaburanRANCANGAN transformasi ekonomi jangka panjang, kemudahan menjalankan perniagaan serta kestabilan sosiopolitik, menjadi faktor utama yang melonjakkan kedudukan Malaysia sebagai antara 10 destinasi pelaburan pilihan bagi syarikat asing.\rPengarah Urusan Asia Tenggara AT Kearney, Joon L Ooi, berkata semua faktor itu disokong pula oleh usaha pemasaran berterusan bagi menarik kedatangan pelabur asing menjadikan Malaysia sebagai antara destinasi pilihan.\r\n\n\n\n\r  “Secara umumnya, minat yang ditunjukkan itu juga   sejajar kedudukan Asia Tenggara yang kini menjadi kawasan pertumbuhan seluruh dunia berikutan kos menjalankan perniagaan yang berdaya saing.\r\r\n\n\n\n\n  “Malaysia pula memiliki pelan jangka panjang untuk membangunkan ekonominya dengan terancang dan ini diterjemahkan dengan meningkatnya keyakinan pelabur terhadap daya saing negara ini bagi tujuan menjalankan perniagaan,” katanya dalam temu bual dengan Berita Harian di Kuala Lumpur semalam.\rDalam laporan Indeks Keyakinan Pelaburan Langsung Asing (FDI) AT Kearney 2012 yang diterbitkan baru-baru ini, Malaysia berada di kedudukan ke-10 berbanding tempat ke-21 sebelumnya, kali pertama ia berada dalam kedudukan 10 teratas kaji selidik itu.\rKaji selidik oleh firma penyelidikan global itu kali pertama diadakan pada 1998 untuk mengukur tahap keyakinan pelabur asing terhadap daya saing sesebuah negara sebagai lokasi pelaburan.\rIa membabitkan kira-kira 200 responden yang terdiri daripada eksekutif kanan syarikat terkemuka antarabangsa di 27 negara dalam 17 sektor seperti kewangan, perlombongan, telekomunikasi, peruncitan serta industri berat.\r\n\n\n\rSyarikat yang terbabit dalam kaji selidik itu meraih jualan global tahunan   AS$1 trilion (RM3.15 trilion).\rJoon berkata, dari segi tahap keyakinan pelabur asing, sektor industri berat seperti automotif dan keluli masih menjadi daya tarikan kepada mereka untuk melabur diikuti perkhidmatan kewangan dan industri ringan.\r“Menuju ke depan, Malaysia perlu memberi tumpuan kepada bidang pertumbuhan baru seperti penyumberan luar teknologi maklumat, proses perniagaan (BPO), pusat panggilan moden serta pengeluaran komponen elektrik dan elektronik canggih,” katanya.\rBeliau juga berkata, kedudukan ekonomi zon euro yang rapuh sebenarnya menyediakan peluang baru yang boleh direbut oleh Malaysia.\r“Kini negara Eropah yang tidak terbabit dengan ancaman krisis hutang seperti Jerman dan United Kingdom mula mencari lokasi perniagaan baru di luar rantau itukerana tidak mahu terdedah dengan masalah kewangan. \r“Malaysia mempunyai kelebihan dari segi tenaga kerja berpengalaman serta keupayaan pekerjanya berbahasa Inggeris dengan baik,” katanya.\rBeliau menjelaskan, AT Kearney juga mendapati kira-kira 50 peratus daripada 10 negara teratas dalam kaji selidik berkenaan menerima aliran masuk pelaburan sebenar dalam tempoh setahun selepas laporannya dikeluarkan.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 05:11 PM GMT+8 , Processed in 0.103274 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list