CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 222|Reply: 0

KLIA terima pesawat terbesar

[Copy link]
Post time 12-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
LAPANGAN Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bakal menerima kehadiran pesawat penumpang terbesar dunia, Airbus A380 secara rasmi bulan depan.\rIa susulan langkah Emirates Airlines untuk menggunakan pesawat yang  berharga AS$375.3 juta (RM1.176 bilion) itu bagi laluan KL-Dubai.\r\n\n\n\n\r  Timbalan Presiden Kanan Operasi Komersial Timur Jauh dan Australasia Emirates, Richard Jewsbury, berkata Malaysia adalah negara terbaru yang menerima kehadiran pesawat terbaru syarikat penerbangan berkenaan.\r\r\n\n\n\n\n  Ia akan menggantikan satu daripada tiga Boeing 777 yang digunakan sebelum ini dengan jadual penerbangan sekali sehari ke Dubai, katanya kepada Berita Harian di Kuala Lumpur baru-baru ini.\rPenggunaan pesawat baru itu katanya, membolehkan bilangan kapasiti penumpang bertambah sehingga 100 orang kerana muatan yang boleh dibawa adalah sehingga 490 penumpang berbanding Boeing 777, sekitar 390.\rKatanya, kehadiran Airbus itu sememangnya dinanti-nantikan penumpang dan menjangkakan ia akan menerima sambutan menggalakkan sebaik saja memulakan operasinya kelak.\rSementara itu, Pengarah Malaysia Emirates, Kavin Martinus, berkata pihaknya akan menawarkan tiga kelas tempat duduk iaitu Suite Kelas Pertama, Kelas Bisnes dan Kelas Ekonomi.\r\n\n\n\rBagi Suite Kelas Pertama dan Kelas Bisnes, masing-masing ditawarkan sebanyak 14 dan 76 tempat dan terletak di tingkat atas pesawat.\rKelas Ekonomi pula terletak di tingkat bawah dengan menawarkan 389 tempat duduk.\rKami menjangkakan kehadiran pesawat ini mampu meningkatkan jualan tiket dan faktor muatan penumpang kami tahun depan yang ketika ini sekitar 75 peratus, katanya.\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 05:18 PM GMT+8 , Processed in 0.044840 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list