CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 278|Reply: 0

Heriot-Watt University di Putrajaya

[Copy link]
Post time 12-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
HERIOT-WATT UNIVERSITY, institut pengajian tinggi yang berpangkalan di United Kingdom (UK) akan membina kampusnya di Malaysia awal tahun depan sejajar usahanya mengukuhkan lagi kehadiran pada  peringkat antarabangsa.\rUniversiti berkenaan akan membina kampus yang mampu menampung hingga 4,000 pelajar itu di Putrajaya dengan pelaburan kira-kira 20 juta  (kira-kira RM98 juta).\r\n\n\n\n\r  Ia bercadang menggunakan reka bentuk sama dengan kampusnya di Scotland dan Dubai, iaitu berkonsepkan mesra alam.\r\r\n\n\n\n\n  Bagi kampusnya di Malaysia itu, Heriot-Watt University bercadang menawarkan program pengajian peringkat ijazah dan sarjana dalam bidang sains, kejuruteraan, perniagaan, matematik dan reka bentuk.\rNaib Canselor Heriot-Watt University, Prof Steve Chapman berkata pembukaan kampus di Malaysia itu menandakan perkembangan sangat ketara bagi universiti itu pada  peringkat antarabangsa.\rKami  gembira  mengumumkan rancangan kami  membangunkan kampus baru di Putrajaya. Ia selaras usaha kami memperluaskan kehadiran pada  peringkat global, katanya dalam The Herald baru-baru ini.\rBeliau berkata pembukaan kampus di Malaysia itu memberi peluang kepada ribuan pelajar Malaysia serta antarabangsa mendapat pendidikan  sama tarafnya dengan program pengajian   di UK.\r\n\n\n\rDengan sekitar sepertiga daripada kira-kira 7,000 pelajar Heriot-Watt University kini terdiri daripada pelajar dari luar UK, pembukaan kampus di Putrajaya itu adalah usaha universiti itu untuk mengeksport program pengajiannya ke pasaran antarabangsa.\rKetika ini, Heriot-Watt University mempunyai empat kampus iaitu tiga di UK, iaitu di Endinburg, Scottish Borders dan Orkney dan satu di Dubai dengan menawarkan program ijazah kepada 11,800 pelajar daripada 150 negara.\rSementara itu, Ketua Eksekutif Putrajaya Holdings, Datuk Azlan Abdul Karim, berkata kehadiran universiti berkenaan di Putrajaya juga sejajar  perubahan fokus pembangunan di pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan itu daripada bangunan pejabat kerajaan kepada pembangunan kawasan komersial.\rPembinaan kampus dengan konsep mesra alam juga  selaras dengan usaha menjadikan Putrajaya sebagai bandar raya  hijau, katanya.\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 05:13 PM GMT+8 , Processed in 0.054013 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list