View: 180|Reply: 0
|
Eksport berkembang RM63.57b
[Copy link]
|
|
EKSPORT Malaysia berkembang kukuh 15.8 peratus kepada RM63.57 bilion pada Oktober, disokong peningkatan ketara eksport minyak sawit, gas asli cecair dan kimia, sekali gus menjadikannya eksport bulanan tertinggi pernah direkodkan.\rPeningkatan itu melebihi jangkaan sebahagian besar penganalisis pasaran yang meramalkan pertumbuhan sekitar tujuh hingga lapan peratus susulan krisis hutang Eropah serta kelembapan ekonomi Amerika Syarikat.\r\n\n\n\n\rMenteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata Import dalam tempoh sama meningkat 4.6 peratus kepada RM50.35 bilion, manakala jumlah perdagangan berkembang 10.6 peratus kepada RM113.91 bilion.\r\r\n\n\n\n\nDalam tempoh 10 bulan tahun ini, eksport melonjak 9.1 peratus kepada RM557.16 bilion, manakala import naik 8.5 peratus kepada RM474.72 bilion.\rDalam tempoh itu, jumlah dagangan meningkat 8.8 peratus kepada RM1.052 trilion manakala lebihan dagangan RM102.44 bilion.\rPrestasi eksport positif sejak 10 bulan lalu menjadikan sasaran Malaysia tahun ini yang ditetapkan enam dan tujuh peratus boleh direalisasikan, katanya di Kuala Lumpur semalam.\rEksport pembuatan yang menguasai 64.8 peratus jumlah eksport pada Oktober, meningkat 2.2 peratus daripada setahun lalu.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|