CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 241|Reply: 0

Krisis zon euro tak jejas Malaysia

[Copy link]
Post time 10-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
MALAYSIA memiliki institusi perbankan yang kukuh untuk berdepan kesan krisis hutang Eropah susulan pendedahan terhadap bank di rantau itu dianggarkan kurang daripada lima peratus berbanding nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).\rIa jauh lebih rendah berbanding laporan sebuah syarikat pembrokeran asing baru-baru ini bahawa pendedahan hutang antara bank Eropah dan Malaysia adalah kira-kira 19 peratus daripada KDNK.\r\n\n\n\n\rGabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, berkata krisis hutang zon euro membentuk situasi tidak menentu yang sangat ketara dan menyebabkan ekonomi global bergoncang. \r\r\n\n\n\n\nPerkara yang perlu ditekankan adalah institusi kewangan kita lebih kukuh, bank pusat sudah membina penampan dan rizab negara sangat tinggi, sekali gus membolehkan kita akan dapat menangani keadaan yang tidak menentu ini dengan lebih baik.\rBank asing di Malaysia mempunyai pendedahan yang kurang berbanding di negara lain yang mana banknya tidak diperbadankan di dalam negara. \rKami akan mengumumkan angka rasmi (pendedahan kepada bank Eropah), ia adalaah kurang daripada lima peratus, angkanya sangat rendah, justeru kita tidak bimbang terhadap perkara itu, katanya selepas melancarkan perkhidmatan MobileLINK di Kuala Lumpur, semalam.\rKenyataan itu sekali gus menafikan laporan Nomura International Ltd pada Rabu lalu bahawa Malaysia antara negara Asia paling terdedah kepada tuntutan bank Eropah, sekali gus mengancam sistem kewangan negara jika ekonomi zon euro runtuh.\r\n\n\n\rSyarikat pembrokeran berpangkalan di Jepun itu berkata, pendedahan bank Eropah ke Malaysia yang tidak termasuk HSBC Bank dan Standard Chartered Bank berjumlah AS$50 bilion (RM155 bilion), atau 19 peratus kepada nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).\rMengenai risiko yang dihadapi oleh Malaysia susulan krisis zon euro, Zeti berkata, kesan adalah pelbagai, namun begitu ekonomi negara kini lebih bersedia untuk berdepan dengan sebarang kemungkinan.\rKatanya, Malaysia memiliki ekonomi domestik mantap serta berdaya tahan untuk menyerap tekanan luar yang dicetus oleh kemelut kewangan negara di rantau itu.\rSudah pasti kita akan menerima kesannya. Malaysia mungkin merasa kesannya menerusi saluran perdagangan atau pasaran kewangan, namun kita berada pada kedudukan lebih baik. Ekonomi negara kini lebih pelbagai dan kita juga mempunyai kedudukan domestik yang kukuh. \rSementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Affin Investment Bank Bhd, Alan Tan, berkata risiko yang dihadapi Malaysia apabila kelembapan ekonomi zon euro memberi kesan terus kepada pertumbuhan Amerika Syarikat dan China, seterusnya ke tempat lain termasuk negara ini.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 05:05 PM GMT+8 , Processed in 0.115896 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list