CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 193|Reply: 0

Rebut projek infrastruktur di Indonesia

[Copy link]
Post time 9-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Pemaju tempatan disaran teroka peluang bida kontrak lebuh rayaKERAJAAN mahukan lebih banyak syarikat pemaju infrastruktur tempatan,  terutama yang mempunyai kepakaran dalam pembinaan lebuh raya supaya meneroka pasaran Indonesia yang semakin terbuka, kata  Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor.\n\n\n\n  Beliau berkata, ekonomi Indonesia yang kini semakin rancak memerlukan lebih banyak kemudahan infrastruktur, dan ia menyediakan peluang perniagaan yang perlu direbut syarikat Malaysia yang sudah pun mempunyai kepakaran.\n\n\n\n\n  Katanya, pembangunan di Indonesia tidak hanya bertumpu di Jakarta, malah banyak lagi bandar dan pulau republik itu yang perlu dibangunkan.“Seperti  yang kita tahu banyak syarikat pembinaan kita mempunyai kemampuan dan kepakaran serta diiktiraf dunia. Setakat tahun ini,  kontraktor Malaysia  meraih projek berjumlah AS$17.2 bilion di luar negara.“Projek itu banyak bertumpu di negara ASEAN termasuk Indonesia, Asia Selatan dan Asia Barat. Usaha sama antara syarikat Malaysia-Indonesia juga sudah menjana pelaburan berkaitan sektor pembinaan di Indonesia sebanyak AS$1.155 bilion,” katanya.Beliau sebelum itu menghadiri majlis pecah tanah bagi pembinaan Lebuhraya Cikampek-Palimanan, Jakarta. Majlis berkenaan dirasmikan Menteri Pekerjaan Umum Indonesia, Ir Djoko Kirmanto.\n\n\nHadir sama Pengarah Urusan Lintas Marga Sedaya (LMS), Muhammad Fadzil Abdul Hamid dan Pengarah Urusan Plus Exspressways Berhad, Datuk Noorizah Abd Hamid.Syarikat usahasama antara Plus dengan LMS, PT Lintas Marga Sedaya diberikan kepercayaan bagi membina lebuh raya sepanjang 116 kilometer itu dengan kos keseluruhan RM4.6 bilion.Ia adalah projek pembinaan lebuh raya pertama membabitkan syarikat Malaysia di Indonesia.Walaupun perjanjian bagi pembinaan lebuh raya berkenaan dimeterai pada 21 Julai 2006,  disebabkan masalah pengambilan tanah, ia terpaksa ditangguhkan bagi menyelesaikan masalah berkenaan sehinggalah perjanjian berkenaan diperbaharui semula pada 27 Oktober tahun ini.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 05:17 PM GMT+8 , Processed in 0.461742 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list