CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 181|Reply: 0

SP Setia sasar jualan RM4 bilion

[Copy link]
Post time 9-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Syarikat jangka perolehan  tahun kewangan 2012 dipacu projek tempatan\rSP Setia Bhd meletakkan sasaran jualan kumpulan RM4 bilion bagi tahun kewangan 2012 walaupun menjangkakan persekitaran ekonomi akan kekal mencabar tahun depan berikutan ketidaktentuan dalam ekonomi global akibat krisis di zon euro.\r\n\n\n\n\r  Sasaran itu ditetapkan berikutan pencapaian cemerlang dicatatkannya pada tahun kewangan berakhir 31 Oktober lalu apabila ia merekodkan jualan tertinggi baru sebanyak RM3.29 bilion, iaitu peningkatan 42 peratus berbanding RM2.31 bilion sebelumnya.\r\r\n\n\n\n\n  Kumpulan itu turut merekodkan keuntungan selepas cukai tertinggi dalam tahun kewangan dikaji, sebanyak RM322.4 juta yang diraihnya daripada pendapatan RM2.23 bilion, meningkat 28.16 peratus daripada RM1.74 bilion.\rPresiden dan Ketua Eksekutifnya, Tan Sri Liew Kee Sin, berkata pihaknya menjangkakan jualan dalam tahun kewangan 2012 ini akan dipacu projek tempatan yang disasarkan menyumbangkan sebanyak RM3.6 bilion atau 90 peratus, manakala baki 10 peratus lagi disumbangkan projek di luar negara.\rKatanya, jualan projek tempatan itu akan disumbangkan projek syarikat itu di Lembah Klang, Johor Bahru, Pulau Pinang dan Sabah yang mana 12 sedang dilaksanakan manakala lapan lagi dalam perancangan.\r“Jualan projek luar negara pula akan disumbangkan projek sedia ada iaitu Fulton Lane, Melbourne dan Eco Lakes, Vietnam; selain projek baru seperti projek pertama kami di Singapura, 18 Woodsvillem; dan projek kedua di Vietnam iaitu EcoXuan.\r\n\n\n\r“Pelancaran baru itu adalah sejajar hasrat kami meningkatkan sumbangan jualan projek luar negara kepada 30 peratus secara berperingkat dan ia bakal menjadi platform utama mengukuhkan untuk jenama SP Setia di kalangan pembeli hartanah asing,” katanya selepas mengumumkan prestasi kewangan syarikat itu bagi tahun kewangan berakhir 31 Oktober 2011 di Shah Alam, semalam.\rAntara projek hartanah tempatan yang bakal dilancarkan SP Setia tahun depan ialah  Setia Eco Glades, Cyberjaya; Setia Business Park II, Tebrau Johor; 88 Setia, projek bersepadu komersial dan kediaman mewah di pusat bandar Johor Bharu dan pembangunan komersial bersepadu Aeropod, Sabah.\rBerikutan prestasi kewangan menggalakkan itu, SP Setia mengumumkan dividen akhir sebanyak sembilan sen sesaham bagi tahun kewangan berakhir 31 Oktober 2011.\rSebelum ini, kumpulan itu mengumumkan dividen awal sebanyak lima sen sesaham, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan dividen yang dibayarnya bagi tahun kewangan dikaji sebanyak 14 sen sesaham.\rMengulas cadangan tawaran pengambilalihan bersyarat SP Setia oleh Permodalan Nasional Bhd (PNB), Liew berkata PNB sedang menunggu Suruhanjaya Sekuriti (SC) meluluskan dokumen tawaran yang sudah dikemukakannya Jumaat lalu.\r“Kami tidak dapat memberikan sebarang maklumat sehingga SC meluluskan dokumen tawaran itu,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 05:22 PM GMT+8 , Processed in 0.049487 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list