CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 255|Reply: 0

Kencana raih kontrak RM1b

[Copy link]
Post time 9-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Peroleh kerja fabrikasi, pasang   komponen kemudahan LNG di Australia\rKENCANA Petroleum Bhd meraih kontrak bernilai RM1 bilion daripada firma perkhidmatan gas dan minyak Amerika Syarikat (AS), Bechtel International Inc.\r\n\n\n\n\r  Ia adalah kontrak terbesar bagi penyedia perkhidmatan minyak dan gas bersepadu tempatan itu bagi tahun ini.\r\r\n\n\n\n\n  Kontrak yang diperoleh menerusi anak syarikat milik penuhnya, Kencana HL Sdn Bhd itu adalah bagi kerja fabrikasi dan pemasangan struktur serta komponen untuk kemudahan pemprosesan gas asli cecair (LNG) di Australia.\rDi bawah kontrak itu, Kencana HL akan melaksanakan kerja fabrikasi, memasang, menguji dan memuatkan modul peralatan proses untuk Kemudahan Loji Projek Wheatstone yang terletak di utara Ashburton (berdekatan Onslow), di Australia Barat.\rProjek Wheatstone, satu daripada projek industri minyak dan gas terbesar di Australia, adalah usaha sama antara anak syarikat Chevron di Australia (73.6 peratus), Apache (13 peratus), Kuwait Foreign Petroleum Exploration Company (tujuh peratus) dan Shell (6.4 peratus).\rKencana dalam kenyataannya di Bursa Malaysia berkata, projek itu akan dilaksanakan Kencana HL di limbungan fabrikasinya di Lumut Perak selama 29 bulan.\r\n\n\n\r“Penyerahan struktur dan komponennya pula akan dilakukan secara berperingkat mulai suku ketiga 2014 hingga suku ketiga 2015,” katanya.\rKontrak di Australia itu adalah yang kelima diperoleh oleh Kencana bagi tahun ini.\rApril lalu, Kencana menerusi Kencana HL, meraih kontrak bernilai RM208 juta daripada Kebabangan Petroleum Operating Company Sdn Bhd (KPOC) bagi kerja fabrikasi struktur kecil untuk projek pembangunan Hab Utara Kebabangan di pesisir pantai Sabah.\rMenerusi Kencana HL juga, Kencana turut memperoleh kontrak pembangunan platform lapangan minyak Cendor, di luar pesisir Terengganu bernilai RM216 juta pada Mac lalu.\rSebulan sebelum itu, Kencana turut memperoleh kontrak daripada Petrofac E&C Sdn Bhd untuk projek kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pelaksanaan (EPCC) Mobile Offshore Production Unit (MOPU) dan Wellhead Support Structure (WESS), bernilai RM115 juta di luar pantai Terengganu.\rAwal tahun ini pula, Kencana menerusi pakatannya bersama Sapura Energy Ventures dan Petrofac Energy Developments Sdn Bhd (PED), turut dianugerahkan kontrak kerja perkhidmatan berisiko (RSC) bagi pembangunan telaga minyak kecil milik PETRONAS di luar pesisir pantai Terengganu.  \rDengan projek terbaru yang diperolehnya di Australia itu, jumlah keseluruhan kontrak yang diperoleh Kencana setakat ini adalah bernilai kira-kira RM3.5 bilion.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 05:05 PM GMT+8 , Processed in 0.050402 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list