View: 175|Reply: 0
|
Bisnes Dunia: 3 angka sifar rupiah dibuang
[Copy link]
|
|
Bank pusat kemuka cadangan permudah urus niaga harianKERAJAAN Indonesia meluluskan cadangan bank pusatnya, Bank Indonesia (BI), untuk mengeluarkan tiga angka sifar (kosong) daripada mata wang republik itu.\rMenteri Kewangannya, Agus Martowardojo, berkata susulan daripada kelulusan itu, satu rang undang-undang mengenai redenominasi mata wang akan dikemukakan di Dewan Perwakilan Indonesia tahun depan untuk menyokong program itu.\r\n\n\n\n\r Redenominasi adalah satu proses yang mana unit mata wang baru dikeluarkan menggantikan yang lama dan pegawai BI telah mencetuskan idea untuk mengeluarkan tiga sifar (kosong) daripada rupiah, contohnya Rp1,000 akan menjadi Rp1. \r\r\n\n\n\n\n Jika Dewan meluluskan rang undang-undang itu, redenominasi itu akan dilaksanakan dalam tempoh lima hingga 10 tahun, kata menteri itu ketika dipetik oleh beberapa media di republik itu semalam.\rRasional di sebalik cadangan itu adalah untuk mempermudahkan urus niaga harian, yang kerap membabitkan jutaan rupiah. Satu dolar AS kini bersamaan 9,100 rupiah.\rBagaimanapun, terdapat juga kebimbangan yang cadangan itu boleh menurunkan nilai mata wang. \rNamun begitu Gabenor BI, Darmin Nasution memberi jaminan bahawa redenominasi itu tidak akan menimbulkan sebarang kerugian kewangan tetapi cuma untuk mengeluarkan beberapa angka sifar (kosong) daripada mata wang itu.\r\n\n\n\rRupiah kini adalah mata wang ketiga bernilai paling rendah dari segi tukaran kepada dolar AS selepas Mozambican metical (23,100) dan dong Vietnam (16,000).\rWang kertas Rp100,000 kini adalah wang kertas bank denominasi kedua tertinggi di rantau ini selepas wang kertas 500,000 dong Vietnam yang bernilai kira-kira AS$26.\rAgus berkata kerajaan akan mengkaji langkah redenominasi sama yang sudah dibuat oleh lain-lain negara sebelum ini. \rIa katanya, akan mengguna pakai contoh pelaksanaan negara yang telah berjaya serta belajar dari negara yang gagal. BERNAMA\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|