CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 212|Reply: 0

Khidmat baru lonjak mutu MAS

[Copy link]
Post time 8-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
SYARIKAT perkhidmatan penerbangan premium serantau yang akan ditubuhkan Penerbangan Malaysia (MAS) tahun depan bakal menetapkan standard baru dalam industri penerbangan khususnya dari segi mutu perkhidmatan dan produk  ditawarkan.\rKetua Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya, berkata perkhidmatan baru itu, selain mampu meningkatkan daya saing MAS pada  peringkat  antarabangsa, turut akan menjayakan hasrat menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebagai hab pengangkutan udara di rantau ini.\r\n\n\n\n\r  Syarikat penerbangan premium baru ini akan menggunakan pesawat Boeing 737-800, manakala perkhidmatannya pula menjurus kepada perkhidmatan  feeder yang menghubungkan Malaysia dengan destinasi ASEAN dan bandaraya utama di Asia Selatan serta China.\r\r\n\n\n\n\n  Meskipun ketika ini keadaan industri penerbangan masih tidak menentu dan terjejas akibat saingan sengit selain kenaikan harga bahan bakar, MAS yakin permintaan dan pasaran bagi penerbangan premium ini masih ada.\rJusteru, kami jangkakan entiti baru yang akan menawarkan pengalaman penerbangan unik kepada pelanggannya itu akan menjana keuntungan stabil buat kumpulan pada masa depan, katanya pada taklimat media di Kuala Lumpur semalam.\rBagi menjayakan pengenalan perkhidmatan premium itu secara tersusun, Ahmad Jauhari berkata, pihaknya sedang mengadakan perbincangan dengan beberapa syarikat penerbangan lain.\rIa  ditubuhkan secara kerjasama dengan syarikat penerbangan lain, katanya tanpa mendedahkan butiran terperinci mengenainya.\r\n\n\n\rMengenai langkah MAS untuk memberi tumpuan dalam perniagaan teras,  Ahmad Jauhari berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan melupuskan anak syarikatnya yang terbabit dalam perniagaan bukan teras pada masa depan jika ada tawaran yang berpatutan.\rNamun, beliau berkata, buat masa ini, pihaknya hanya merancang mencari rakan kongsi yang akan diberikan pegangan ekuiti untuk memajukan lagi anak syarikat berkenaan.\rPada masa ini kami sedang mencari rakan kongsi, terutamanya untuk membuka lebih banyak peluang bagi perniagaan ini dan mengumpul wang bagi perbelanjaan modal, katanya.\rAntara perniagaan bukan teras MAS ketika ini adalah penyelenggaraan dan baik pulih pesawat (MRO) yang dikendalikan Malaysian Aerospace Engineering Sdn Bhd (MAE); pengurusan kargo (Malaysia Airlines Cargo Sdn Bhd); dan akademi latihan juruterbang pesawat komersial.\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 05:33 PM GMT+8 , Processed in 0.047792 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list