CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 207|Reply: 0

Pelan induk tapak Penjara Pudu dipinda

[Copy link]
Post time 7-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
UDA beri peluang pembabitan firma Bumiputera \rUDA Holdings Bhd akan membuat pindaan terhadap pelan induk pembangunan semula bekas tapak penjara Pudu yang akan menyaksikan kawasan strategik seluas kira-kira lapan hektar itu dipecahkan kepada tiga plot dengan dua daripadanya akan dimajukan syarikat Bumiputera yang layak.\r\n\n\n\n\r  Langkah berkenaan bertujuan menyediakan peluang lebih besar kepada syarikat Bumiputera untuk terbabit dalam projek pembangunan ikonik baru Kuala Lumpur itu.\r\r\n\n\n\n\n  Pengerusi UDA, Datuk Nur Jazlan Mohamed,  berkata bagi dua plot yang akan diperuntukkan untuk syarikat Bumiputera itu, pemilihan akan dibuat menerusi tender terbuka.\r“UDA ingin memaklumkan bahawa Kementerian Kewangan telah mengarahkan kami meminda semula pelan induk pembangunan bekas tapak penjara pudu itu bagi memberi peluang lebih ramai syarikat Bumiputera terbabit dalam pembangunannya.\r“Selain UDA dan Kementerian Kewangan, pindaan itu yang akan turut membabitkan penyertaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bakal menyaksikan kawasan itu dipecahkan kepada tiga plot yang mana dua akan diusahakan syarikat Bumiputera yang layak, sementara satu plot lagi kekal milik UDA.\r“Meskipun kawasan plot yang akan dipecahkan itu masih belum muktamad, UDA akan kekal menjadi pemaju utama projek pembangunan semula tapak Penjara Pudu itu,” katanya  selepas majlis pelancaran Setem Persendirian Korporat 40 tahun UDA dan perasmian Hotel Ancasa Express @ Pudu, di Kuala Lumpur semalam.\r\n\n\n\rMajlis itu disempurnakan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin.\rNur Jazlan berkata, dua plot Bumiputera itu akan dibangunkan sebagai hab pengangkutan moden, sekali gus akan menjadi pelengkap kepada projek pembinaan laluan MY Rapid Transit (MRT) di Kuala Lumpur.\r“Bagi menjadikan pemberian dua plot tapak itu lebih telus, UDA akan melaksanakan tender terbuka bagi mencari syarikat Bumiputera yang layak, khususnya dari segi kemampuan kewangan, teknologi dan peralatan yang mencukupi untuk dilantik bagi memajukan dua plot berkenaan,” katanya.\rSementara itu, Awang Adek berkata, keputusan untuk memperuntukkan dua plot kepada syarikat Bumiputera yang layak itu adalah sejajar dengan matlamat UDA membantu memperbanyakkan penyertaan pemaju Bumiputera dalam sektor hartanah di bandar besar.\r“Walaupun skop pembangunan kawasan itu dipinda semula daripada pelan asalnya, kerajaan tidak akan sesekali berkompromi dengan mana-mana pemaju Bumiputera yang dilantik,  tetapi gagal menjayakan pembangunan yang diamanahkan kepada mereka,” tegasnya sambil menambah pembangunan dua plot itu, apabila siap kelak harus berupaya menjadi kebanggaan negara.\rBeliau turut menjelaskan bahawa kerajaan tidak akan menghalang mana-mana syarikat Bumiputera untuk menjalinkan pakatan dengan syarikat bukan Bumiputera atau syarikat asing untuk membida bagi memajukan dua plot itu.\rSebelum ini, UDA mengumumkan akan merubah kawasan Penjara Pudu sebagai ikonik baru Kuala Lumpur yang bakal dikenali Bukit Bintang City Centre (BBCC) membabitkan kos RM5 bilion.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 05:16 PM GMT+8 , Processed in 0.239956 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list