CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 148|Reply: 0

PROTON masih cari rakan strategik

[Copy link]
Post time 6-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Khazanah mahu pastikan industri automotif tembusi pasaran global\rOleh Ahmad Farizal Hajat\r\n\n\n\[email protected]\r\rPENDIRIAN Khazanah Nasional Bhd berhubung keperluan PROTON Holdings Bhd untuk mempunyai rakan strategik untuk membolehkannya menembusi pasaran global kekal tidak berubah.\r\n\n\n\n\n\rJusteru, sumber itu berkata, sayap pelaburan kerajaan itu tetap meneruskan usahanya mencari rakan strategik sesuai dengan  pengeluar kereta nasional berkenaan bagi membantunya meraih keuntungan yang konsisten, selain pada masa yang sama PROTON   mampu mengembangkan perniagaannya dengan lebih meluas pada peringkat antarabangsa.\r“Sebagai pemegang saham terbesar PROTON, sememangnya Khazanah mahukan yang terbaik buat pengeluar kereta nasional itu.\r“Meskipun Khazanah akan mengurangkan pegangannya dalam PROTON, ini tidak bermakna ia akan keluar dan terus ‘cuci tangan’ tanpa mempedulikan nasib kakitangan dan masa depan syarikat berkenaan.\r“Pendirian Khazanah sebelum ini kekal tidak berubah, iaitu ingin melihat PROTON menjalinkan pakatan dengan rakan strategik yang mana ia akan diberi peluang memiliki pegangan ekuiti,” kata sumber itu kepada Berita Harian semalam.\rSumber berkenaan  menegaskan rakan strategik amat penting bagi meneruskan ‘survival’ pengeluar kereta nasional itu di tengah-tengah persekitaran industri automotif yang amat kompetitif ketika ini.\r“Sebagai contoh, eksport PROTON belum lagi mencapai tahap dikehendaki walaupun ia ditubuhkan sejak 28 tahun lalu, dan ini menunjukkan masih banyak perkara yang perlu dilakukan,” katanya sambil menambah untuk mengukuhkan kedudukan pada peringkat global, PROTON perlu menjadi sebahagian daripada ‘keluarga besar gergasi automotif’ memandangkan industri auto adalah industri global.\rDitanya adakah Khazanah yang kini memegang 42.7 peratus kepentingan dalam PROTON sudah mengenalpasti syarikat yang mampu menjadi rakan strategik kepada PROTON, sumber berkenaan hanya berkata: “Rundingan sedang diadakan dan pengumuman mengenainya akan dibuat sedikit masa lagi”.\rAkhir-akhir ini, PROTON kembali menjadi topik perbualan hangat apabila beberapa nama besar peserta automotif tempatan termasuk DRB-Hicom Bhd, dikaitkan sebagai calon utama untuk memiliki kepentingan Khazanah dalam PROTON.\rDRB-Hicom dikaitkan sebagai calon utama berikutan ketersediaan dana yang dimilikinya, selain kelebihan dari segi perjanjian kerjasama strategik dengan pengeluar kenderaan terbesar Eropah, iaitu Volkswagen AG (VW), sehingga membolehkan konglomerat automotif tempatan itu memasang dan mengeluarkan kenderaan jenama Volkswagen di Malaysia.\rBerikutan perkembangan berkenaan, saham Proton melonjak sebanyak 25 peratus atau 89 sen untuk mengakhiri dagangan di Bursa Malaysia semalam pada RM4.50 daripada RM3.61 yang dicatatkan Jumaat lalu.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 04:54 PM GMT+8 , Processed in 0.879950 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list