CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 159|Reply: 0

TPM Biotech komersial herba tempatan

[Copy link]
Post time 5-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Bekerjasama dengan saintis Korea Selatan hasilkan produk kosmetik\rTPM Biotech Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd, mensasarkan untuk mengkomersilkan beberapa lagi herba tempatan ke pasaran global dalam tempoh enam hingga 12 bulan hasil kerjasamanya dengan AT Lab Co Ltd, kumpulan penyelidik Korea Selatan.\r\n\n\n\n\r  Naib Presiden Bahagian Pembangunan Perniagaan dan Perkhidmatan Korporatnya, Ahmad Husni Johari, berkata kerjasama itu membolehkan berlakunya pemindahan teknologi yang membantu TPM Biotech meningkatkan penerokaan dalam bidang kosmeseutikal iaitu produk kosmetik berasaskan bahan aktif biologi. \r\r\n\n\n\n\n  Katanya, ia membolehkan syarikat meluaskan lagi pasaran perniagaan bahan biologi ke luar negara selain meningkatkan nilai bagi perniagaan tumbuhan dan ekstrak herba tempatannya.\r“Kerjasama itu akan membolehkan syarikat mengkaji dan membangunkan potensi herba tempatan untuk menghasilkan produk kosmetik yang sebelum ini banyak menggunakan bahan dari herba dan tumbuhan tropika.\r“Walaupun industri kosmetik Malaysia mengalami pertumbuhan sederhana antara 30 hingga 40 peratus sejak lima tahun lalu, pasaran bahan untuk pembuatan kosmetik masih bergantung sepenuhnya kepada produk yang diimport dari luar negara,” katanya dalam kenyataannya di Kuala Lumpur, semalam.\rAT Lab menerusi ATL Cosmetics Sdn Bhd, menjalin kerjasama dengan TPM Biotech pada 8 November lalu, bagi mewujudkan kerjasama strategik dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) ramuan kosmetik berasaskan herba dan bahan aktif tumbuhan.\r\n\n\n\n\rSebagai permulaan, kajian tertumpu kepada enam jenis herba tempatan iaitu kacip fatimah, pegaga, tongkat ali, mas cotek, pulai dan pokok kapal terbang.\rSementara itu, Ketua AT Lab Malaysia, Christine Oh Jiyoung berkata kerjasama kedua-dua syarikat itu akan memfokuskan pada R&D dan mengkomersialkan produk salap dan kosmetik yang menggunakan herba Malaysia di pasaran Korea Selatan.\rKatanya, berdasarkan kajian pasaran yang dilaksanakannya sektor bahan herba tempatan untuk kegunaan pengilangan produk kosmetik masih belum diteroka sepenuhnya sekali  gus menjanjikan potensi pasaran yang besar.\r“Ketika ini industri kosmetik Malaysia bernilai RM3.9 bilion setahun dengan jangkaan pertumbuhan tahunan sekitar 12 hingga 13 peratus dan pasaran bahan herba pula meliputi antara 10 hingga 20 peratus bagi keseluruhan pasaran industri kosmetik.\r“Ini menunjukkan pasaran bahan berasaskan herba tempatan mampu mencecah antara RM390 juta hingga RM780 juta setahun,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 05:25 PM GMT+8 , Processed in 0.423578 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list