View: 156|Reply: 0
|
UDA perlu cari sumber baru
[Copy link]
|
|
UDA Holdings Bhd yang terbabit dalam pembangunan dan pengurusan hartanah, perlu mencari hala tuju baru berikutan tanggungjawab membangunkan projek perumahan kos rendah awam diberikan kepada Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).\rPengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed, berkata syarikat mengunjur 2012 sebagai tahun mencabar memandangkan syarikat perlu bergerak aktif sebagai syarikat komersial.\r\n\n\n\n\r “Selepas projek perumahan diambil alih PR1MA, kami kehilangan keuntungan yang kami peroleh untuk dilaburkan semula bagi menjamin masa depan UDA. Sebahagian besar keuntungan kami disumbangkan oleh projek perumahan,” katanya. \r\r\n\n\n\n\n Nur Jazlan berkata demikian pada sidang media selepas menerima kunjungan delegasi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura (PKMS) di Kuala Lumpur, semalam.\rBeliau berkata, projek perumahan dikendalikan UDA selama ini memberikan dana mencukupi untuk syarikat terus beroperasi.\r“Apabila projek perumahan diberikan kepada PR1MA, UDA hilang sumber utama dan terpaksa mencari kaedah lain untuk terus beroperasi,” kata beliau.\rNur Jazlan berkata, buat masa ini, UDA melihat peranan jangka panjang dan merangka belanjawan syarikat bagi 2012 bertujuan mempertahankan keuntungan yang dicapai selama ini.\rBeliau berkata, UDA menghadapi masalah melaksanakan dasar agenda Bumiputera kerana syarikat itu diberikan peruntukan membayar kos dan melaksana agenda berkenaan. – BERNAMA
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|