View: 136|Reply: 0
|
Daihatsu komited bantu PERODUA
[Copy link]
|
|
Pastikan rakan niaga kekal peneraju pasaran\rDAIHATSU Motor Co Ltd berkata, ia akan terus menyediakan sokongan dari segi penyediaan teknologi terkini kepada Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) bagi membolehkan rakan niaganya itu mengekalkan kedudukan sebagai pendahulu segmen pasaran kereta kompak di Malaysia.\r\n\n\n\n\r Pengeluar kereta terkemuka Jepun itu memberi jaminan ia akan membantu PERODUA dalam pembangunan model baru dan memajukan teknologi vendornya.\r\r\n\n\n\n\n Presidennya Koichi Ina berkata, syarikat itu melihat Malaysia sebagai pasaran strategik untuk meluaskan penerokaan pasarannya.\rBeliau berkata, sambutan hebat terhadap Myvi 1.5 SE yang dilancarkan PERODUA Jun lalu adalah bukti mengenai potensi kereta kompak di Malaysia.\rKatanya, jualan Myvi kira-kira 10,000 unit sebulan menyerlahkan bahawa kenderaan yang ditawarkan PERODUA menepati cita rasa dan kemampuan ramai.\r“Kami di Daihatsu Jepun mahu memastikan PERODUA terus kekal sebagai pengeluar kereta kompak nombor satu di Malaysia,” katanya kepada media di Pameran Automotif Tokyo, di Tokyo Big Sight, Tokyo, kelmarin.\r\n\n\n\n\rPameran edisi ke-42 itu menghimpunkan 179 jenama kenderaan daripada 12 pengeluar.\rLapan pengeluar kenderaan utama Jepun, termasuk Daihatsu mempamerkan produk terkini masing-masing.\rWalaupun industri automotif Jepun masih merasai kesan daripada bencana tsunami, namun kesungguhan mereka untuk bersaing dengan pengeluar Eropah lain tetap tinggi.\rKebanyakan pengeluar Jepun mengetengahkan kenderaan berteknologi tinggi dan mesra alam.\rDaihatsu misalnya mempamerkan empat kereta konsep dan lapan keretanya yang kini dalam pengeluaran.\rIni termasuk Mira e:S, kenderaan mesra alam yang merekodkan perjalanan sejauh sehingga 30 kilometer hanya bagi seliter petrol.\rModel itu mendapat sambutan menggalakkan. di Jepun dan 50,000 sudah di tempah.\rTeknologi bagi model yang dilancarkan di Jepun 26 September lalu itu akan diterap secara berperingkat dalam pembangunan kereta PERODUA pada masa akan datang, khususnya bagi model dalam segmen A.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|