CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 160|Reply: 0

Ulasan Pasaran: Saham kewangan meningkat

[Copy link]
Post time 1-12-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Lantunan semula keyakinan pengguna AS rangsang minat pelabur\rBURSA Malaysia ditutup tinggi semalam susulan belian baru dalam saham wajaran tinggi utama, kata peniaga.\r\n\n\n\n\rPetunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI naik 27.38 mata, atau 1.9 peratus untuk ditutup kepada 1,472.10 meski dibuka rendah 0.23 mata kepada 1,444.49 pada sesi pagi.\r\r\n\n\n\n\nIndeks utama kebanyakannya disokong oleh saham kewangan termasuk Maybank, yang meningkat 28 sen kepada RM8.30, manakala CIMB naik sembilan sen kepada RM7.14.\rPeniaga berkata, pasaran optimistik tetapi berhati-hati berikutan berita bahawa zon euro sedang membincangkan pilihan bantuan kecemasan pembiayaan bagi Itali atau Sepanyol dengan menggunakan wang daripada bank pusat nasional bagi meningkatkan sumber Tabung Kewangan Antarabangsa tetapi  sebagai jalan terakhir.  \rSelain itu, lantunan semula keyakinan pengguna Amerika Syarikat (AS) pada November merangsang minat pelabur bagi risiko, katanya. \rIndeks Kewangan meningkat 163.13 mata kepada 13,157.76, Indeks Perladangan naik 52.43 mata kepada 7,690.02 dan Indeks Perusahaan menambah 37.68 mata kepada 2,635.21.\r\n\n\n\n\rIndeks Emas FTSE Bursa Malaysia menokok 161.11 mata kepada 10,063.99, Indeks Mid 70 FTSE Bursa Malaysia meningkat 134.37 mata kepada 10,919.09 dan Indeks Ace FTSE Bursa Malaysia naik 8.95 mata kepada 4,135.12.\rJumlah dagangan meningkat kepada 1.53 bilion saham bernilai RM2.02 bilion daripada 1.30 bilion saham bernilai RM1.56 bilion kelmarin.\rSuasana pasaran positif dengan 417 kaunter untung mengatasi 352 kaunter rugi. \rPeniaga berkata, meskipun momentum positif, Bursa Malaysia dijangka menyaksikan aliran tidak menentu pada masa akan datang kerana sentimen masih rapuh di tengah-tengah suasana berhati-hati akan kemajuan pakej menyelamat zon euro.\rBeliau berkata, pelabur boleh mengambil kesempatan bagi sebarang lantunan semula untuk mengurangkan pegangan mereka dan mengekalkan pendekatan berorientasikan dagangan jangka pendek memandangkan keadaan tidak menentu luaran yang dijangka berterusan. \rDi kalangan peneraju jumlah dagangan, Compugates naik setengah sen kepada sembilan sen, Bumi Armada meningkat empat sen kepada RM4.04 dan Vastalux Energy menokok lima sen kepada 12.5 sen.\rBagi saham wajaran tinggi, Sime Darby naik 19 sen kepada RM9, Petronas Chemicals meningkat sembilan sen kepada RM5.99 dan Axiata menambah 25 sen kepada RM5.10.\rJumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 1.25 bilion saham bernilai RM1.99 bilion daripada 1.03 bilion saham bernilai RM1.52 bilion kelmarin.\rJumlah dagangan di Pasaran ACE naik kepada 187.38 juta unit bernilai RM26.3 juta daripada 164.64 juta unit bernilai RM28.95 juta sebelumnya.\rWaran berkurangan kepada 89.66 juta saham bernilai RM9.68 juta daripada 100.76 juta saham bernilai RM11.39 juta pada Rabu.\rBarangan pengguna menyumbang 118.27 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan 234.1 juta, pembinaan 24.19 juta, perdagangan dan perkhidmatan 589.1 juta, teknologi 24.91 juta, prasarana 26.62 juta, kewangan 102.83 juta, hotel 600,200, harta 94.65 juta, perladangan 24.62 juta, perlombongan 6,000, REITs 2.34 juta dan dana tertutup 19,800.– BERNAMA

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 04:55 PM GMT+8 , Processed in 0.344934 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list