|
SCOMI Rail Bhd, anak syarikat Scomi Engineering Bhd, akan menyediakan 12 set tren empat gerabak baru bagi laluan KL Monorel sedia ada.\rKetua Eksekutif Scomi Group, Shah Hakim Zain, berkata set pertama akan mula beroperasi pada November tahun depan.\r\n\n\n\n\r \"Set tren baru itu akan meningkatkan jumlah penumpang bagi satu tren daripada 98 kepada 128 orang. \r\r\n\n\n\n\n \"Ini anggaran kenaikan 40 peratus dalam bilangan penumpang bagi satu tren,\" katanya pada sidang media mengenai projek pengembangan armada KL Monorel di Kuala Lumpur, semalam.\rShah Hakim berkata, menerusi kontrak bernilai RM494 juta dengan Syarikat Prasarana Negara Bhd itu, Scomi juga akan menaik taraf stesen monorel dan sistem elektrik dan mekanikal, serta membina depot baru.\r“Projek itu dijangka selesai pada Julai 2013,” katanya.\rSementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana, Datuk Shahril Mokhtar, berkata tren dua gerabak sedia ada akan ditamatkan perkhidmatannya apabila tren empat gerabak baru itu diterima. – BERNAMA
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|