CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3583|Reply: 14

Model CKD VW Passat dijual Rabu

[Copy link]
Post time 22-11-2011 12:36 PM | Show all posts |Read mode
MODEL kereta penumpang Volkswagen Passat 1.8 Liter secara pemasangan unit komponen terurai (CKD) pertama yang dipasang di kilang DRB-Hicom Bhd (DRB-Hicom) di Pekan, Pahang akan mula dipasarkan di negara ini pada Rabu ini.
  Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil berkata, kira-kira 70 unit model berkenaan akan mula dipasarkan mulai tarikh berkenaan, namun pihaknya belum boleh menyatakan harga jualan kerana masih menunggu kelulusan kerajaan.

  “Kami mengemukakan cadangan harganya dan kerajaan akan memutuskannya,” katanya selepas merasmikan ‘Program Adjunct’ Kolej Antarabangsa Automotif (ICAM) di Pekan, Pahang, semalam.     Hadir sama Ketua Pegawai Operasi Hicom University College Sdn Bhd (HUCSB) Sharifah Halimah Syed Ahmad.
  Pada Ogos 2010, Volkswagen menandatangani memorandum persefahaman dengan DRB-Hicom untuk mengeluarkan kereta Volkswagen di pusat automotif DRB-Hicom.

  Sementara itu, Mohd Khamil berkata, ICAM akan mengadakan ‘program adjunct’ yang pertama seumpamanya membabitkan kolej automotif di negara ini bermula Januari tahun depan dengan menjemput tokoh industri automotif dalam dan luar negara bagi memberi kuliah kepada pelajar kolej berhubung perkembangan dan situasi semasa industri.

  Katanya, selain tokoh industri automotif daripada DRB-Hicom, pihaknya juga menjemput tokoh daripada rakan kongsi syarikat itu termasuk Isuzu, Mercedes-Benz dan Volkswagen. -Bernama



dlm paultan pun ada..
http://paultan.org/2011/11/22/ckd-volkswagen-passat-1-8-launching-tomorrow/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2011 01:44 PM | Show all posts
Harap-harap tak longgar bila dpt keta nih
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2011 05:45 PM | Show all posts
crash kerat doh (CKD)
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2011 09:05 PM | Show all posts
welkoment,, guten tag
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2011 06:52 AM | Show all posts
tabung duit lom penuh lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2011 08:30 AM | Show all posts
MODEL kereta penumpang Volkswagen Passat 1.8 Liter secara pemasangan unit komponen terurai (CKD) pertama yang dipasang di kilang DRB-Hicom Bhd (DRB-Hicom) di Pekan, Pahang akan mula dipasarkan di negara ini pada Rabu ini.

Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil berkata, kira-kira 70 unit model berkenaan akan mula dipasarkan mulai tarikh berkenaan, namun pihaknya belum boleh menyatakan harga jualan kerana masih menunggu kelulusan kerajaan.

“Kami mengemukakan cadangan harganya dan kerajaan akan memutuskannya,” katanya selepas merasmikan ‘Program Adjunct’ Kolej Antarabangsa Automotif (ICAM) di Pekan, Pahang, semalam.     Hadir sama Ketua Pegawai Operasi Hicom University College Sdn Bhd (HUCSB) Sharifah Halimah Syed Ahmad.
  Pada Ogos 2010, Volkswagen menandatangani memorandum persefahaman dengan DRB-Hicom untuk mengeluarkan kereta Volkswagen di pusat automotif DRB-Hicom.

  Sementara itu, Mohd Khamil berkata, ICAM akan mengadakan ‘program adjunct’ yang pertama seumpamanya membabitkan kolej automotif di negara ini bermula Januari tahun depan dengan menjemput tokoh industri automotif dalam dan luar negara bagi memberi kuliah kepada pelajar kolej berhubung perkembangan dan situasi semasa industri.

  Katanya, selain tokoh industri automotif daripada DRB-Hicom, pihaknya juga menjemput tokoh daripada rakan kongsi syarikat itu termasuk Isuzu, Mercedes-Benz dan Volkswagen. -Bernama



dlm paultan pun ada..
http://paultan.org/2011/11/22/ckd-volkswagen-passat-1-8-launching-tomorrow/
tekken Post at 22-11-2011 12:36



sampai nak tentukan harga keta pon kerajaan amik pot
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-11-2011 08:53 AM | Show all posts
ptut la harga kereta kat malaysia ni mahal..kerajaan yg memutuskn harga rupanya....
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2011 10:41 AM | Show all posts
baru tau ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2011 11:49 AM | Show all posts
Kalo tak dah lama kite semua mampu pkai kete import...!!!
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2011 05:36 PM | Show all posts
nak guna kereta import murah..kene hapuskan Proton la.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2011 06:17 PM | Show all posts
jgn ingat kalau hapus proton hari ini, rega kereta import boleh jatuh maa...naik lagi ada lah. Tax dari kereta (import duti, sales tax) menyumbang agak besar kepada pendapatan negara, kalau Proton hapus, perbelanjaan kerajaan tetap sama dan akan terus meningkat dari tahun ke setahun. Jadi utk menampung kehilangan hasil cukai (sales tax) dari hapusnya proton, cara paling mudah ialah naikkan import duti (mungkin tak sesuai dlm era liberalisasi and AFTA), tapi kerajaan boleh review semula dengan naikkan harga doket kereta import. Dgn itu, secara automatik harga keta import akan meningkat. Ini adalah teori semata2
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2011 09:10 PM | Show all posts
aku rasa tak banyak beza dengan harga sekarang
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2011 09:36 PM | Show all posts
nak murah kalu duduk negeri arab...kata peYno
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2011 03:31 PM | Show all posts
harga cbu 184,888..ckd ni dlm 150k kot
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2011 10:05 PM | Show all posts


Ok...so sekarang  ni owner Saga FL dah ada idea utk make up kereta saga jadi mcm mana kan?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-12-2024 02:26 AM GMT+8 , Processed in 0.054267 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list