CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 214|Reply: 0

Hanya kilauan gangsa

[Copy link]
Post time 13-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
SASARAN satu pingat daripada skuad poomsae negara tercapai apabila gandingan atlit taekwondo Sarawak, Ahmady Radi dan Morren Urai Lian merangkul gangsa pertama pada saingan hari pertama Sukan SEA di Jakarta, semalam.Walaupun terpaksa bertolak seawal jam 6.30 pagi dari tempat penginapan di Kuningan ke Gelanggang Olahraga di Cibubur yang memakan masa sejam perjalanan, Ahmady dan Morren kekal fokus untuk merakam persembahan terbaik.\n\n\n\n   Gandingan dari Bintulu ini yang mula berlatih secara serius sejak Januari lalu, mensasarkan satu pingat sebarang warna pada temasya kali pertama itu dan gembira dapat menyempurnakan impian mereka.\n\n\n\n\n   “Acara berpasangan memerlukan masa untuk mencari keserasian dan ketepatan pergerakan, jadi kami gembira dapat menyumbangkan gangsa untuk negara,” kata Ahmady, 18. “Kami masih perlu banyak berlatih bersama untuk memperkemaskan persembahan.”Malaysia berkongsi kedudukan ketiga dengan pasangan Laos, Souktavy Panyash dan Nola Ounvongsa, selepas kedua-dua pasangan terikat dengan 7.73 mata dalam acara yang dimenangi Vietnam (8.13 mata) dan Filipina meraih perak (8.02 mata).“Dalam acara hari ini (semalam), kami berdepan pencabar kelas dunia kerana pasangan Vietnam itu memenangi emas dalam kejohanan dunia di Rusia, Julai lalu,” kata Morren.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 10:22 AM GMT+8 , Processed in 0.038067 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list