|
MASALAH sekatan terhadap peluru skuad menembak negara yang tidak dibenarkan \'terbang\' bersama mereka ke Palembang, mungkin sengaja diada-adakan bagi menjejaskan tumpuan dan peluang penembak negara.\rIni berikutan kontingen negara lain tidak menghadapi masalah serupa membawa bersama peluru menggunakan perkhidmatan syarikat penerbangan kebangsaan mereka.\r\n\n\n\n\r \"Kontinjen menembak negara lain tidak hadapi masalah seperti kita, kerana mereka gunakan khidmat kargo syarikat penerbangan kebangsaan mereka, walaupun sebahagian turut menggunakan khidmat penerbangan rasmi, Garuda Indonesia dari Jakarta ke Palembang,\" kata pengurus pasukan, Muzli Mustakim ketika ditemui semasa sesi latihan skuad negara semalam.\r\r\n\n\n\n\n Skuad menembak negara tidak dapat terbang ke Palembang bersama peluru berikutan kerenah pihak penerbangan Garuda Indonesia yang mahukan surat daripada kilang pembuat peluru bagi membolehkannya dibawa terbang bersama mereka.\rEkoran itu, semalam skuad menembak negara terpaksa mengeluarkan wang sendiri kira-kira RM1,500 bagi membeli 600 butir peluru .32 dan .22 untuk latihan.\rMuzli berkata, pihak Majlis Sukan Negara (MSN) sudah cuba mendapatkan surat daripada kilang pengeluar peluru terbabit dan sekiranya usaha itu gagal, kontinjen menembak negara dijangka terpaksa membelanjakan kira-kira RM20,000 untuk membeli peluru bagi kegunaan sepanjang temasya termasuk untuk pertandingan.\r\"Kita pernah berdepan masalah seperti ini ketika Sukan SEA Vietnam 2003. Waktu itu kita juga gunakan penerbangan rasmi Vietnam Airlines dan kemudian terpaksa membuat penghantaran senapang menggunakan Penerbangan Malaysia (MAS),\" katanya.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|