View: 164|Reply: 0
|
Nasi Padang pereda tekanan
[Copy link]
|
|
Saya mahu mereka berehat, kembali fokus menentang Kemboja: Kim SweeNASI padang menjadi habuan buat skuad bawah 23 negara menghilangkan tekanan selepas saban hari berada di atas padang sejak tiba ke Jakarta awal bulan lalu dalam menyempurnakan misi mempertahankan pingat emas pada edisi kali ini.\rSelepas bertungkus lumus menewaskan Thailand 2-1 pada perlawanan kedua Kumpulan A kelmarin, pengendali skuad muda negara itu, Ong Kim Swee membawa anak buahnya dan pegawai pasukan menikmati hidangan nasi padang di kota Jakarta.\r\n\n\n\n\r “Saya mahu memberi mereka rehat daripada latihan di padang selepas aksi cemerlang pada perlawanan semalam (kelmarin),” kata Kim Swee. “Sebenarnya saya membenarkan mereka berjalan-jalan di pusat membeli-belah, tetapi mereka hanya mahu datang ke sini.\r\r\n\n\n\n\n “Saya tidak mahu memberi tekanan kepada pemain, jadi dengan aktiviti santai hari ini (semalam) saya harap mereka akan kembali fokus dan cergas apabila membuat persiapan menghadapi Kemboja.\r“Ramai menganggap Kemboja pasukan belasahan dalam kumpulan ini tetapi saya tidak mahu memandang rendah keupayaan mereka yang mendahului Singapura 1-0 sebelum tewas 2-1 semalam (kelmarin).\rMalaysia kini menduduki tangga teratas Kumpulan A berkongsi empat mata dengan Singapura manakala Indonesia ketiga dengan tiga mata tetapi baru melalui satu perlawanan. Thailand (satu perlawanan) dan Kemboja (satu perlawanan) belum mengutip sebarang mata. \r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|