CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 121|Reply: 0

Kembali mengaum

[Copy link]
Post time 10-11-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Anak buah Kim Swee tampil garang benam ThailandHARIMAU Muda kembali mengaum. Selepas hambar diikat Singapura, Malaysia mencipta kemenangan pertama ke atas Thailand 2-1 pada perlawanan kedua Kumpulan A Sukan SEA XXVI di Jakarta, semalam untuk mencerahkan peluang ke peringkat separuh akhir, seterusnya di landasan tepat mempertahankan pingat emas temasya dwitahunan itu.Pada saingan di Gelora Bung Karno semalam, skuad Bawah 23 kendalian Ong Kim Swee tampil mempamerkan corak lebih meyakinkan berbanding aksi pertama Isnin lalu, dengan gerakan pantas dan beberapa gerakan jaringan yang kemas.\n\n\n\n   Kemasukan perancang 17 tahun, Nazmi Faiz jelas memberi perubahan mendadak kepada pergerakan jentera tengah dan Kim Swee berharap kecederaan dialami pemain itu pada babak kedua semalam, tidak serius.\n\n\n\n\n   “Nazmi baru berusia 17 tahun tetapi permainannya bertaraf antarabangsa,” kata Kim Swee sejurus tamat perlawanan. “Dia terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan tetapi saya yakin ia tidak serius.“Kami mempunyai tempoh empat hari untuk persiapan menentang Kemboja dan saya harap ia cukup untuk pemulihan pemain. Kemboja bukan pasukan mudah dan waktu rehat panjang ini bakal membantu kami.”Saya tak sangka: IzzaqPada perlawanan semalam, Kim Swee menyenaraikan Nazmi dalam kesebelasan pertama dan fungsinya di depan barisan pertahanan banyak membantu pasukan dalam mengatur serangan ke kubu Thailand.\n\n\n\nKapten pasukan, Baddrol Bakhtiar memecah kebuntuan dengan meledak gol pertama negara pada minit ke-25 tetapi kelalaian seketika membolehkan barisan dikendalikan jurulatih Prapol Pongpanich menyamakan kedudukan pada minit ke-77 menerusi rembatan Natarid Thammarossopon.Namun percaturan Kim Swee memasukkan Izzaq Faris Ramlan untuk bergandingan dengan Ahmad Fakri Saarani pada baki 10 minit sebelum tamat, membuahkan hasil apabila penyerang tinggi lampai itu meledak gol kemenangan dengan sepakan lencong kaki kiri yang menarik  pada minit ke-85.“Saya tidak sangka akan diturunkan hari ini (semalam) dan peluang beraksi itu saya gunakan sebaik mungkin. Saya lebih gembira dapat menjaringkan gol dan ini baik untuk karier saya,” kata Izzaq.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 07:40 AM GMT+8 , Processed in 0.145021 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list