CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 136|Reply: 0

Peluang Zulfadli jadi juara dunia

[Copy link]
Post time 6-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
MENCIPTA sejarah sebagai pemain pertama negara merangkul kejuaraan remaja Asia, Zulfadli Zulkifli kini hanya selangkah untuk merangkul gelaran dunia apabila dijadualkan bertemu pemain Denmark, Viktor Axelsen pada final Kejohanan Badminton Remaja Dunia di Taiwan, hari ini.\rNamun halangan terakhir buat pemain kelab profesional KLRC itu bukan mudah kerana perlu menundukkan juara bertahan, Axelsen yang juga pilihan utama kejohanan dan berada di ranking ke-43 dunia.\r\n\n\n\n\r   Pada separuh akhir semalam, Zulfadli, 18, tidak menghadapi masalah besar untuk sekali lagi mengecewakan pemain Jepun, Kento Momota 21-18, 21-18 dalam masa 38 minit manakala Axelsen menundukkan Sameer Verma dari India, 21-19, 21-19.\r\r\n\n\n\n\n   Sementara itu, beregu lelaki negara, Nelson Heg Wei Keat-Teo Ee Yi turut mara ke final apabila mudah menewaskan pasangan Taiwan, Tien Tzu Chieh-Wang Chih Hao 21-8, 21-17 dalam tempoh hanya 20 minit.\rNaib juara beregu lelaki tahun lalu itu bagaimanapun berdepan ujian getir pada final hari ini apabila bertemu pilihan pertama dari Taiwan, Huang Po Jui-Lin Chia Yu dalam final selepas  Huang-Lin menyingkirkan pasangan Indonesia, Ronald Alexander-Selvanus Geh 21-19, 21-23, 21-15 di separuh akhir.\rNelson yang bergandingan Chow Mei Kuan bagaimanapun terkandas di separuh akhir acara beregu campuran selepas ditundukkan pasangan Indonesia, Ronald Alexander-Nuraidah Tiara Rosalia, 21-17, 20-22, 21-16.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 07:49 AM GMT+8 , Processed in 0.137491 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list