CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 72965|Reply: 177

Tujuh Hari - Tamat

[Copy link]
Post time 1-11-2011 05:52 PM | Show all posts |Read mode
Edited by dammerung at 24-10-2016 12:11 PM

Post Last Edit by dammerung at 6-2-2012 03:24

Isnin


Sepasang mata memandang malas kepada jam loceng digital di atas meja katil.Nombor-nombor digital berwarna merah menunjukkan hanya tinggal beberapa saatsahaja lagi untuk waktu memasuki pukul 7 pagi.


Laungan bunyi penggera memecah keheningan suasana pagi di blok ke-9, kampus kediaman pelajar lelaki, Universiti Antarabangsa Malaysia. Bingitan menyakitkan telingadi matikan oleh seorang lelaki yang sedang duduk di birai katil.


Penggera yang telah di tetapkan untuk berbunyi pada awal pagi Isnin yang basah itubukanlah bertujuan untuk membangkitkan pemilik jam loceng dari buaian mimpi.Terutama sekali tidak untuk tuan empunya jam loceng kerana dia sudah siap dengan baju t-berkolar berserta seluar jeans biru gelap seawal pukul 6 pagi lagi.


Dengansegera dia mengeluarkan telefon bimbit NOKIA 3310 dan mencari nama “Maksu”.


“Assalamualaikum”


“happy birthday maksu”


“Kejap lagi Ajis kena jumpa lecturer”


Seraya dia berbicara, tangan kanan membuka laci meja dan mengeluarkan sekeping kad matrik yang tertera nama “Aziz bin Mohamed”. Maklumat di kad matrik menjelaskan bahawa lelaki yang menggelarkan dirinya “Ajis” merupakan jejaka berusia 20 tahun danmerupakan pelajar tahun kedua di institut pengajian tinggi yang lebih populardi kenali sebagai UAM.


“Ok maksu,kirim salam kat semua orang”


“Waalaikumsalam”


Sebaik perbualan telefon di tamatkan, dia bingkas bangun dan mencapai beg galas Jansport.Sekeping nota lekat berwarna kuning ditulis peringatan kepada temujanji yang wajib di hadiri pada pagi ini.


“Dr. Salwa –8AM”


Sigh.


Dengusan menunjukkan dia tidak senang dengan peringatan tersebut. Ajis seperti sudah mengagak kenapa dia dipanggil oleh Dr. Salwa. Dua kali dia gagal dalam subjek Bahasa Alternatifdan peringatan yang dikirimkan oleh andartu itu melalui teman serumah sudah cukup untuk menjadikannya modal bahan kutukan malam tadi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-11-2011 05:55 PM | Show all posts
Jam tangan Casio G-Shock di gilap-gilap pada tuala. Dari raut wajah Ajis, menunjukkan betapa istimewa jam plastik murah itu kepada dirinya. Tiba-tiba dia merasa seperti ada yang tak kena apabila dia memerhatikan waktu pada jam tangan.

Angka 8:15 AM jelas kelihatan. Kelam-kabut dia mengeluarkan telefon bimbit dan melihat paparan jam di skrin.

“8:15AM”

Matanya berulang kali melihat perbezaan waktu di antara jam loceng dan jam tangan.

Jam loceng menunjukkan waktu masih lagi 7.15 pagi.

“AHH SUDAH!” bentaknya seorang diri.

“Sial betul!”

Ajis tidak perlu fikir panjang untuk mengetahui bahawa ini adalah hasil kerja tangan teman-teman serumah. Mahu sahaja dia pergi ke bilik-bilik mereka dan memberi “kejutan pagi istimewa”, tetapi mengenangkan “ngauman singa betina” yang akan di terima sebentar lagi membuatkan Ajis membatalkan niat murninya itu kerana di kala ini dia sepatutnya sudah berada di bilik Dr. Salwa.

Bas perantaraan UAM berhenti di Fakulti Pengajian Bahasa. Ajis berlari menuju ke pintu masuk utama. Sambil berlari tangannya menyeluk ke dalam poket seluar dan segera di tayangkan kad matrik kepada polis bantuan universiti yang tegak berdiri bersilang tangan, memerhati manusia-manusia keluar masuk persis helang mencari mangsa.
Seorang polis bantuan menahan Ajis dari memasuki bangunan fakulti.

“Apasal encik?”

“Mana ID?” tona suara baritone bergema di sebalik misai tebal bergulung di hujung, cukup tebal sehingga tiada siapa pernah melihat mulut si polis bantuan yang diberi nama glamer “A. Galak”. Terdapat khabar angin mengatakan bahawa beliau tidak mempunyai mulut dan hanya menggunakan lubang hidung untuk makan. Ajis tidak pernah mengambil peduli akan khabar angin tersebut tetapi pada hari ini, dia memahami jika ada yang mempercayainya.

Ajis terpinga-pinga. Dia tidak faham kenapa pengawal keselamatan yang perasan dirinya konstabel polis ini masih bertanya di mana kad matrik sedangkan Ajis menayang kad itu betul-betul di depan muka A. Galak sehingga terdapat refleksi pada cermin mata hitam Ray-Ban tiruan yang di pakainya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2011 05:58 PM | Show all posts
“Ini encik”

“Ko ingat ko sape? CID? SB? Nak tayang macam tu?”

“Errrr…saye tak paham encik”

“Ko tengok orang lain pakai ID macamana”

Ajis mengalihkan pandangannya melihat pelajar-pelajar yang keluar masuk. Semuanya memakai lanyard yang di gantung di leher.

“Emmm…lanyard saya hilang encik”

A. Galak tidak mengendahkan jawapan Ajis. Dia sibuk mengisi kertas saman.

“Isik ini, ini lepas tu sain sini”

Ajis tidak mahu membuang masa dengan mempertahankan dirinya dari di saman. Dia menurut tanpa banyak cakap. Dia menuju ke lif sambil tangannya merenyuk-renyuk kertas saman dan di lontarkan dengan gaya bak seorang pemain bola keranjang ke dalam tong sampah.

Plak nama “Dr. Sharifah Salwa binti Datuk Syed Amir” menghiasi pintu kayu. Ajis teragak-agak untuk mengetuk pintu tetapi belum sempat tangan menyentuh permukaan kayu pintu, kedengaran suara Dr. Salwa dari dalam bilik.

“Enter”

“Good morning doctor, I am so sorry for being late…I was…”

“Sit. Down”

Walaupun Ajis tidak berapa menggemari Dr. Salwa yang terkenal dengan sifat panas baran dan cerewet melampau, dia mengagumi bagaimana wanita yang berusia 50 tahun itu masih mampu mengekalkan kejelitaannya. Kulitnya yang putih merah masih lagi tegang walaupun sudah separuh abad.

“Mungkin botox” kata Ajis dalam hati.

“Mungkin juga sebab dia anak dara tua”

“Sayang lawa-lawa macam ni takda orang teringin”

“But then bila pikir balik…sapa teringin dengan singa betina ni?”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2011 06:00 PM | Show all posts
Monolog Ajis mengenai Dr. Salwa di dalam minda dibesar-besarkan sehingga dia tidak dapat menahan dari ketawa kecil.

“What?” Dr. Salwa merenung tajam perilaku pelik Ajis sambil menolak ke atas cermin mata tergantung di hujung hidungnya yang mancung.

“Sorry….nothing doctor”

Malu. Dia berpaling ke kanan. Terkejut kecil Ajis apabila dia mendapati ada orang lain di dalam bilik Dr. Salwa. Di sangkakan hanya dirinya seorang sahaja. Mungkin aura Dr. Salwa yang begitu kuat membuatkan dia tidak menyedari kewujudan gadis berambut panjang di dalam bilik itu.

Ajis cuba mencuri-curi pandang untuk melihat siapakah gerangan yang mengalami nasib malang sepertinya tetapi rambut panjang ikal mayang menghalang Ajis untuk mengenal pasti wajah gadis misteri di sebelahnya.

“Aziz Mohamed”

“Yes doctor” pantas Ajis mengarahkan kepalanya ke arah Dr. Salwa dan ianya kekal begitu tidak bergerak walau seinci.

Dr. Salwa meletakkan helaian kertas di hadapan Ajis tetapi dia lebih berminat untuk mengetahui siapakah gadis misteri itu.

“Nadira Tajuddin”

Tiada sahutan kedengaran. Ajis membuat cubaan terakhir untuk melihat wajah gadis itu dengan ekor mata. Gagal.

“Ah mamposlah, yang aku beria-ria sangat ni apasal?”

Nadira Tajuddin. Nama yang seakan pernah di dengar. Sudah tentu bukan pelajar jurusan sama dengannya kerana tidak ada pelajar perempuan di Fakulti Teknologi Maklumat  yang berbaloi untuk diingati.

Kemudian Ajis teringat perbualan dengan teman-teman serumah beberapa minggu yang lalu. Ebon, pelajar jurusan Komunikasi ada menyebut mengenai seorang “awek hot” bernama Nadira sering menjadi sebutan pelajar lelaki di UAM. Sebagai seorang senior yang sudah 3 kali mengulang semester, Ebon sememangnya amat mengenali barisan jelitawan-jelitawan UAM.

“Nadira ko tak kenal?” Ebon meminta kepastian dari Ajis. Amat janggal untuk berjumpa lelaki yang tidak kenal Nadira Tajuddin. Lagi-lagi orang itu ialah teman serumahnya sendiri.

“Tak…kene kenal ke?”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2011 06:01 PM | Show all posts
“Tu la…pergi ambik IT lagi…fakulti corok kat hujung dunia..semua bende tak tau”

“Woo…kalau aku dapat Nadira tu…patah pinggang pun aku hayun..”

Ajis menghentikan imbas kembali kerana perbualan mengenai “Nadira” selepas itu di panjangkan dengan sesi pertukaran fantasi-fantasi ranjang teman-teman serumahnya yang sudah pasti tidak akan tercapai. Buang masa sahaja untuk diingati.

“The reason that I called both of you here today is because of that” Dr. Salwa menuding jari ke arah kertas bercoret huruf “F” dalam dakwat merah.

“To be honest, I am sick of looking at your face”

“3 semesters in my class, you couldn’t even get a D?”

“How’d you managed to get enrolled in this university anyway?”

Bebelan Dr. Salwa berterusan. Ajis yang sudah lali dengan perangai anak dara tua di depannya hanya membatukan diri dan memenuhkan otak dengan lagu-lagu kegemarannya.

“And you Nadira”

Tidak semena-mena Ajis memandang ke arah Nadira.

“Those are by far the most beautiful set of eyes I’ve ever seen” Ajis berkata di dalam hati.

Matanya beralih kepada hidung cantik terbentuk, kalau dalam ayat Inggerisnya di gelar button nose.

Sepasang bibir mungil bentuk hati melengkapkan wajah gadis berkulit tanned itu. Naluri jantan “memaksa” anak mata turun lagi ke bawah dan berhenti terpaku pada aset kewanitaan milik Nadira yang begitu…

Ajis melarikan pandangannya ke sekeliling bilik Dr. Salwa. Melayan fikiran-fikiran kotor pada waktu begini adalah satu kesilapan besar. Matanya meliar melihat barang-barang perhiasan tradisional dari pelbagai budaya memenuhi setiap inci ruangan bilik seolah memberitahu tetamu bahawa beliau sudah melawat hampir setiap negara, budaya dan peradaban yang wujud di dunia ini.

Patung Matryoshka yang dibuat daripada porselin, patung Okiku Jepun yang agak menyeramkan, patung voodoo Cuba, topeng-topeng pahlawan dari puak-puak asli Afrika dan sebagainya. Ajis tidak faham bagaimana Dr. Salwa boleh duduk dalam bilik yang penuh dengan artifak-artifak yang menggerunkan seorang diri.

Matanya tertarik kepada sebuah topeng kucing berwarna putih yang di cat belangan merah. Seperti pernah nampak topeng itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2011 06:02 PM | Show all posts
“Eh itu bukan topeng ANBU Naruto ke?”

“Nadira, where were you for the last 2 months?”

“Are you even interested to study here? If not just drop out because you’re wasting a lot of my time”

“I was…having…some personal problems doctor”

“What personal problems?”

Nadira tidak membalas pertanyaan Dr. Salwa. Dia hanya menundukkan wajahnya.

“Ok both of you, just to refresh your mind this university is striving to become a world class academia institution”

“But that goal will be too far-fetched if losers like both of you keep repeating being idiots”

“Now, I am not going to be the one who hold this university down therefore I need both of you to pass so that I can sleep at night”

Dr. Salwa meletak dua helai kertas di hadapan Ajis dan Nadira.

“Since I am not in my bitchy mode, I’m giving another chance to you two”

“In front of you is the new assignment that needs to be done by both of you and submitted to me by next Monday”

“I don’t care how you want to do it but I want the report on my desk before 8 AM, next Monday morning and if I don’t see any report with your names on it, say bye bye to this university”

“Capisci?”

“Yes doctor!” Ajis membalas seperti askar prebet. Nadira hanya mengangguk perlahan.

“Now get out”
Nadira meninggalkan bilik Dr. Salwa tanpa sebarang ucapan manakala Ajis pula mengikut etika  apabila meninggalkan kandang singa itu dengan bangun penuh sopan, tolak kerusi ke depan, cakap terima kasih lepas tu blah!

Sejurus keluar dari bilik Dr. Salwa, Ajis melihat Nadira sudah jauh berjalan keluar dari ruangan pensyarah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-11-2011 06:03 PM | Show all posts
“Nadira?”

Gadis tinggi lampai itu tidak mempedulikan panggilan namanya. Ajis berlari anak mendekati Nadira.

“Nadira?” sekali lagi Ajis cuba memanggil. Masih tiada sebarang respon.

Kali ini Ajis melajukan langkahnya untuk memintas Nadira. Sebaik sahaja dia tercegat di depan gadis ayu itu…

“Hai”

Nadira tidak menjawab dan tidak sedikit pun memandang Ajis.

“Ape?”

“Ermmm…pasal assignment tu…”

Belum sempat Ajis menghabiskan ayat…

“Don’t know and don’t care...boleh blah tak?”

“Tapi Nadira, macamana dengan…”

Nadira memintas Ajis yang sekali lagi tidak dapat menghabiskan kata-kata. Darah Ajis mula mendidih.

Langkah Nadira terhenti apabila tali beg tangannya menjerut bahu. Terkejut Nadira melihat Ajis mengenggam erat beg tangan miliknya.

“You better take your hand off before I…”

“Before what?”

“You jangan nak naikkan darah I eh”

“Don’t know and don’t care…boleh dengar kejap tak?”

“I need to pass this subject and in order to achieve that I need your participation”

“..Whatever…let go now”

“Since you’re having a problem understanding that let me translate it in bahasa”

“Saya kena lulus subjek ni dan saya perlukan awak untuk itu”

“Kalau awak nak hadap sangat lulus subjek bodoh tu…haa awak buat la sorang!”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2011 06:04 PM | Show all posts
“Apa kata awak baca perenggan 5 dekat kertas yang awak pegang tu”

Nadira membaca kertas tugasan yang diberi oleh Dr. Salwa;

“5. In order to re-assure the outcome of this assignment is collaboration between the two of you, I want both of you to report your progress EVERY DAY AT 5PM STARTING TOMORROW in my room. Even if one of you fails to do just that, the report if submitted will be invalid.”

“You know what, I tak peduli…I don’t even give a shit about this shitty university anyway”

Ajis menghela nafas. Tiada guna dia hendak terus berbicara dengan perempuan keras kepala ini. StickyNote berwarna kuning di keluarkan dari beg galas dan dia menulis sesuatu ke atasnya. Kertas kecil berwarna kuning itu kemudiannya di lekatkan pada beg tangan Nadira.

“Kalau awak masih tak minat nak buat task ni, esok saya akan discuss benda ni dengan Dr…but should you have even the slightest feeling of humanity, that’s my e-mail. Bye”

Ajis pantas meninggalkan Nadira. Dia berjalan selekas yang boleh menuju ke hentian bas. Kelas Operating System sudah 15 minit bermula dan dia tahu telinganya akan panas berasap mendengar kata-kata pedas Dr. Syukor, jika bernasib baik dia akan di halau keluar kelas.

Nasib Ajis kurang baik hari ini. Dia di beri beberapa das “nasihat” dan kemudian di halau keluar. Selalunya Dr. Syukor hanya melunjurkan jari telunjuk ke arah pintu sebagai tanda isyarat “get out of my class you lazy scum” tapi kali ini angin Dr. Syukor tidak berapa baik, Ajis di malukan di hadapan 60 pelajar selama 10 minit sebelum di halau keluar.

Tidak cukup dengan itu, dia tertinggal bas untuk balik ke kolej kediaman dan separuh dari perjalanan pulang ke unit kediamannya di habiskan dalam hujan lebat. Mujur tidak di panah petir.

Disangkanya hari malang sudah berakhir namun Tuhan masih mahu mengujinya apabila Ajis tertinggal kunci rumah. Ebon, Hakim dan Weng Seng hanya pulang 2 jam selepas itu.
Punat komputer riba jenama HP ditekan. Ajis tidak perlu menunggu kerana komputer antik itu akan mengambil masa 43 minit untuk di hidupkan. Masa itu digunakan oleh Ajis untuk mandi.

Selesai mandi, Ajis memeriksa e-mel yang diterima. Seperti biasa, emel dari Gabenor Bank Nigeria, putera dari Afrika dan individu-individu yang bermurah hati hendak memberinya separuh harta bernilai billion ringgit dan juga e-mel- e-mel dari laman web lucah memenuhi kotak masuk. Sedang dia membuang himpunan e-mel yang tidak berguna, matanya menangkap satu e-mel tidak bertajuk. Biasanya e-mel sebegitu di buang sahaja tetapi nama pengirim membuatkan Ajis mengarahkan anak panah tetikus ke arah e-mel tersebut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-11-2011 06:05 PM | Show all posts
“Nadira Tajuddin…hmmm”

“klik”

“pasal assignment tu…meet me tmrw at 10@Fikri’s –nadira-“

“Esok…10 pagi…Kafe Fikri” Ajis menulis di atas StickyNote. Kertas itu di lekatkan ke kepala katil.

Ajis tersenyum sendirian.

(bersambung)
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2011 08:35 PM | Show all posts
next plsssssssssss
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2011 02:02 PM | Show all posts

RE: [c] Tujuh Hari [u]

Post Last Edit by dammerung at 6-2-2012 03:25

Selasa

"Nak tambah kopi lagi?"

"Tak...nanti kalau saya nak tambah, saya panggil...thanks"

Gadis comel berambut pendek membalas senyuman Ajis dan meneruskan tugasnya sebagai pelayan di Kafe Fikri. Jam sudah menunjukkan pukul 11.35 pagi dan Ajis masih lagi keseorangan.

Suasana di Kafe Fikri semakin sibuk dengan kehadiran pelajar-pelajar yang baru tamat kelas sesi pagi. Bilangan meja yang terhad memaksa mereka menunggu meja kosong. Ajis perasan akan mata-mata yang melirik ke arahnya seakan menyuruh dia berambus kerana hanya terdapat cawan kosong di atas meja.

Ajis mengeluh panjang. Mahu tidak mahu dia terpaksa memberi peluang kepada orang lain yang sudah lama menunggu untuk menggunakan meja tersebut.

"Sial punya betina" bentak Ajis dalam hati. Panas membara satu badan Ajis mengenang dirinya ditipu Nadira.

Dia berjalan menuju ke perhentian bas berhampiran. Kelas pertamanya pada hari ini bermula pada pukul 2 petang dan lebih baik dia menghabiskan masa di fakulti sementara menunggu kelas bermula dari dia mengharap kehadiran perempuan tak guna itu.

Sebuah kereta Fiat Punto berwarna putih menghampiri Ajis. Dia mengenyitkan matanya di bawah panas terik untuk melihat siapakah yang sedang melambai dari tempat duduk pemandu. Ajis memerhati kawasan sekeliling untuk memastikan bahawa lambaian wanita berkaca mata hitam itu adalah kepadanya.

Nadira menurunkan tingkap cermin sebaik sahaja Ajis berdiri di tepi kereta.

"I lambat sebab ada hal" tiada ucapan maaf diberi. Malas Ajis nak mengeluarkan suara melayan perempuan ini.

"I ada kelas pukul 2" alasan diberikan. Sudah hilang mood Ajis hendak berkerjasama dengan Nadira. Biarlah dia seorang sahaja yang bertungkus-lumus dan pandai-pandailah bagaimana dia hendak menguruskannya dengan Dr. Salwa petang nanti.

"Get in"

"Huh"

"I said get in"

"Takyah la...buat kat library je"

"Dan biar orang tengok I dengan you dua orang? no way...get in...we go someplace else"

Ajis menarik muka dan memaksa dirinya menaiki kereta Nadira. Seluruh tubuhnya terasa sungguh berat untuk menaiki kereta kompak buatan Itali itu.

Lagu Bad Romance berkumandang di stereo sengaja dikuatkan oleh Nadira. Bukan sebab dia meminati penyanyi eccentric itu tetapi untuk memecah kesunyian yang semakin menebal. Sesekali Nadira melihat dengan sepintas lalu lelaki di sebelahnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2011 02:02 PM | Show all posts
Post Last Edit by dammerung at 2-11-2011 14:11

T-shirt Led Zeppelin, seluar jeans biru murah, pergelangan tangan kiri di hiasi seutas jam tangan digital plastik dan akhirnya sepasang kasut Converse Jack Taylor low-cut yang sudah lusuh. Pakaian dan aksesori murah yang dipakai oleh Ajis dipadankan pula dengan jambang tebal dan rambut panjang serabai  tidak bersikat, hampir melitupi seluruh wajah Ajis.

"I'm giving ride to a hobo. Nice" hati kecil Nadira mengeluh.

Tidak boleh dibayangkan kalau dia terserempak atau berselisih dengan rakan-rakannya. Perkara terakhir yang dia mahu dengar adalah pertanyaan mengapa dia menaiki kereta bersama peminta sedekah.

Himpunan kereta di simpang keluar dari UAM menyebabkan kesesakan lalulintas. Sepanas cuaca di tengahari, panas lagi hati Nadira. Lagi lama dia berada di perkarangan UAM, lagi tinggi kebarangkalian untuk dia terserempak dengan rakan-rakannya, lebih-lebih lagi pada waktu puncak seperti sekarang.

"Damn it!" Nadira menghentak tangannya pada stereng kereta. Stereo kereta di matikan. Jika dia mendengar sekali lagi "rah-rah-ah-ah-ah" mahu saja di campak stereo itu ke luar.

"Awak takut ke kalau orang nampak awak dengan saye?"

"YE!" jawab Nadira dengan tegas.

"Ok..."

"Kenapa you pakai macam ni?"

"Camane?"

"Macam sekarang lah"

Ajis melihat pakaiannya. Tiada apa yang pelik rasanya. Ajis membuat mimik muka memberitahu secara tak langsung kepada Nadira "Ok je".

"Uughhhhh" dengus Nadira. Geram dengan kenaifan Ajis.

"Ok...I meant can you at least look human?"

"kenape? sekarang ni tak macam orang ke?"

"Tak...ok? sekarang ni macam...hobo...je"

"Then hobo tu bukan orang?"

Nadira senyap. "Good comeback" katanya dalam hati. Dia tidak dapat memikirkan balas balik yang padu untuk mematahkan ayat terakhir Ajis.

"Kenapa awak lambat?"

"Huh?"

"Tadi kenapa awak lambat?" Ajis mengulang kembali soalan yang dia tahu Nadira dengar pada pertama kali.

"Mana ada lambat?"

"Awak cakap dalam emel pukul 10 pagi dekat Fikri"

"I did?"

"Yes you did"

"Well, take it as a payback...you pun lambat semalam, you tau tak betapa seksanya I duduk dalam bilik tu sorang-sorang dengan..dengan..singa betina tu?"

"Oh awak pun panggil dia singa betina...saya ingat saya sorang je"

"Duh...semua orang panggil dia tu singa betina...bukan you sorang je"

"Oh ye ke...kalau macam tu saya nak tukar la..tak nak sama dengan orang lain"

"You nak panggil dia apa?"

"Dubuk betina"

"Kenapa dubuk?"

"Kalau awak perasan, masa dia marah suara dia ada macam dubuk sikit"

"Ye ke?"

Ajis membuat impersonasi Dr. Salwa sedang membebel. Terkekek-kekek Nadira ketawa. Ajis tersenyum. Tak sangka di sebalik perwatakan yang menyakitkan hati itu, Nadira kelihatan sungguh menawan sekali apabila ketawa, hati Ajis merasa tenang mendengar suara ketawa comel gadis ayu disebelahnya.Seperti melihat bayi ketawa.

Perasan tingkahlakunya diperhati, Nadira berhenti ketawa. Berdehem-dehem dia cuba membetulkan balik tekak yang masih kembang.

"What?"

"Nothing...it just that you look so beautiful when laughing"

"Stop. Looking. At. Me. Like. That....macam pervert okay"

"Oo..ok"

"Lagi satu..bila awak gelak kan..."

"SHUT UP!"

Kereta Fiat Punto memasuki kawasan perniagaan yang dipenuhi restoran-restoran mewah. Ajis mula rasa tak sedap hati.

"Awak nak pergi mana ni?...I don't think I can afford these places"

"Tempat murah je"

Nadira memutar stereng kereta dan menghentikannya di hadapan restoran Secret Recipe.

Ajis yang sudah biasa makan di warung dan restoran nasi campur merasa kurang selesa apabila berada di dalam restoran sebegini bersih, selesa dan sejuk. Dia tidak berapa risau dengan persekitaran tempat itu tetapi dia lebih risaukan nombor-nombor di dalam menu yang sedang di lihatnya sekarang ini.

Grilled Chicken, RM11.90

Spaghetti Meatballs, RM10.90

Fish and Chips, RM12.90

Perlahan-lahan Ajis mengeluarkan dompet. Sayu hatinya melihat sekeping not RM10 "memenuhi" dompetnya. RM10 itu adalah sumber makanannya untuk 3 hari akan datang.

"Apa aku nak makan ni...aaa takpe...minum je"

"One beef lasagne and green apple kasturi"

"You sir?"

"hmmmm...one...secret recipe..distilled water...please"

"that's all sir?"

"that's all...thank you"

"I repeat your order, 1 beef lasagne, 1 green apple kasturi and one...sky juice"

Nadira memandang Ajis dengan senyuman sinis.

"Minum air paip je?"

"Yea..i...kenyang lagi"

"Is it?"

"yea" serentak dengan itu, perut Ajis berbunyi.

"Ohh takda duit rupanya...kesiannnnnn" perli Nadira.

(bersambung)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2011 04:30 PM | Show all posts
Babak di Secret Recipe;

Nadira : so anyway...this assignment thing.

Ajis : Oh yea..ok..hmm..I ada this suggestion, kita buat pasal elvish.

Nadira : elvish? bahasa apa tu?

Ajis : you know...elvish as in the one spoke by the elves?

Nadira : huh?

Ajis : The Lord of The Rings?

Nadira : ...Ok...wait.

Ajis : What

Nadira : You cakap pasal yang Orlando Bloom punya language dalam cerita tu kan?

Ajis : YES

Nadira : And you want the assignment to be on that language?

Ajis : yeap?

Nadira : Damn.

Ajis : What?

Nadira : You're really a geek aren't you?

Ajis : Kenapa pulak?

Nadira : Kenapa nak complicated kan life?...buat je la pasal sign language?

Ajis : ...sign language bukan alternative language.

Nadira : huh?...bukan? kenapa?

Ajis : sign language IS a language macam english dan bahasa.

Nadira : and Orlando Bloom's ..

Ajis : Elvish

Nadira : yea..Elvish..is an alternative language?

Ajis : YES

Nadira : Bullshit, we'll stick with sign language...I tak nak involve with all this nerd and geek stuff.

Ajis : Tanya sikit...last semester awak buat topik apa untuk alternative language?

Nadira : ASL (American Sign Language)

Ajis : Ohhh...kalau macam tu kenapa awak dapat F?

Nadira : ...Ok...

Ajis : OK, so ini some stuff yang saya dah google malam tadi...

Nadira : God...this gonna be soo embarassing.

Seorang pekerja Secret Recipe tiba di meja membawa dulang makanan. Sebotol air mineral di letakkan di hadapan Ajis.

"Itadakimas" Nadira dengan girang mula menikmati makanan kegemarannya.

"Sedap air mineral?" perli Nadira kepada Ajis.

"Yea ok"

"~Oh really?"

"kenapa? awak tak pernah rasa air ke sebelum ni?"

Nadira memerhatikan lelaki di depannya. Dia cuba membayangkan wajah lelaki yang dia tidak tahu namanya itu tanpa rambut panjang yang serabai dan jambang. Lama-lama timbul rasa simpati pula. Nadira menolak mangkuk berisi lasagne beef yang sudah separuh di makan ke arah Ajis.

"I tak habis"

Ajis menelan air liur. Memang dia amat lapar kerana selain dari kopi, tiada apa yang dimakan untuk mengisi perut sejak pagi tadi. Perlahan-lahan dia menyuapkan saki-baki lasagne ke dalam mulutnya.

"Awww so sweet...I rasa macam buat charity harini...you know...feed the homeless?"

"Okay that's it!"

Ajis mengangkat tangan meminta bil. Pekerja restoran menunjukkan bil berjumlah RM15. Nadira meletakkan dua keping not RM10 ke atas dulang kecil.

"I tau you takda duit" Nadira tersenyum puas dapat mengucapkan kata-kata itu.

(bersambung)
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2011 04:35 PM | Show all posts
salammmm
tumpang bc yer tuan umah...
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2011 09:35 PM | Show all posts
bessstttt arrrr... sambung lagik pleaseeeee....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2011 01:05 PM | Show all posts
Ajis tidak membalas. Memang betul pun dia tidak berduit. Tetapi ego seorang lelaki mesti di pertahankan walau apa cara sekalipun.

"Saye bayar balik nanti"

"Whatever"

Nadira mengemas beg tangannya dan menolak kerusi ke belakang, bersiap untuk meninggalkan restoran. Ajis terpinga-pinga melihat tindakan Nadira. Berulang kali dia menoleh ke kaunter pembayaran dan gadis di depannya.

"Eh, nak balik dah?...orang tu tak kasi lagi balance awak"

"Tak payah"

"Kenape?"

"You ni banyak tanye eh? macam budak-budak"

"5 ringgit tu"

"Tips dia"

"Sejak bila Malaysia amalkan tipping?"

"Oh for God sake...you nak sangat 5 ringgit tu you tunggu la orang tu datang balik...I mean kalau you tak malu la"

Nadira terus bangkit dan menuju ke pintu keluar. Lelaki muda dengan jerawat penuh di muka mendekati Ajis sambil menghulurkan dulang kecil berisi 5 ringgit. Ajis memanjangkan lehernya melihat Nadira yang sudahpun di luar restoran. Tangannya laju mengambil not 5 ringgit itu dan diseluk masuk ke dalam poket seluar.

nanti aku bayar balik

"Nadira!" terkejut Nadira sehingga terjatuh kunci kereta apabila Ajis yang entah dari mana tiba-tiba sudah terpacul di belakangnya.

"WHAT?"

Nadira terpaksa memposisikan badannya untuk mengambil kunci kereta yang terjatuh kerana one-piece bodyfit dress paras lutut yang dikenakan tidak memberi banyak ruang untuknya bergerak bebas. Terlentok kepala Ajis melihat bagaimana pinggang seramping itu boleh dipadankan dengan kebulatan punggung yang begitu...

Niiiiiceeee...eh, dah dah

Ajis menggelengkan kepala untuk menghentikan dirinya dari terus mengamati setiap inci tubuh Nadira. Terkejut Nadira sekali lagi apabila Ajis tiba-tiba berdiri betul-betul di sebelahnya.

"You ni kenape!"

"Sorry...anyway, boleh tak tolong tumpangkan saye sampai fakulti IT?"

Sebolehnya Nadira tidak mahu kerana risiko untuk bertembung dengan orang yang mengenalinya dan menjatuhkan reputasi dia sebagai hot babe UAM memang tinggi tetapi Nadira tidak banyak pilihan. Dia tak sampai hati hendak bertindak kejam terhadap Ajis. Baginya jika dia membiarkan Ajis pulang sendiri samalah seperti dia merampas ais krim dari kanak-kanak cacat. Nadira menghela nafas sepanjang-panjangnya, tidak percaya bagaimana dia boleh membiarkan dirinya melayan lelaki geek ini.

"Ok"

Sekelip mata sahaja Ajis sudah duduk di tempat duduk penumpang. Berguling mata Nadira melihat lelaki itu tersenyum lebar dari dalam keretanya.

"Nadira Tajuddin"

"Ape?"

"Oh takda apa-apa...saya just baca kad matrik awak" Ajis menjentik-jentik kad matrik yang tergantung dari cermin pandang belakang. Seronok pula Ajis melihat kad matrik itu berputar-putar.

"Tsk" terganggu dengan karenah Ajis, Nadira menyentap kad matriknya dan membalingnya ke belakang.

"Booo...tak sporting"

"Shut up"

"Kenapa awak ni asyik tense je? marah-marah manjang"

"I don't know...maybe because of you?"

"Apa yang saya dah buat?"

"Menceceh je...senyap boleh tak?"

"Men..what?...menceceh? ha ha apa tu?"

"Menceceh la...bising..tau tak"

"Tak...tapi saya suka sound dia..klasik"

"Duh...whatever lah.."

"menceceh...how come I never heard that before"

"Hmmm...mungkin.."

Nadira menoleh ke arah Ajis, menunggu sambungan dari "mungkin". Ajis tidak menghabiskan ayatnya. Nadira menunggu sehingga dia tak boleh bersabar lagi.

"Mungkin ape?"

"Mungkin..sebab...awak lagi tua dari saya so awak tau all these makcik-makcik terms"

"Huh?...lagi tua dari you?"

"Yea...saye tengok nombor IC awak kat metric card awak tadi...awak tue setahun dari saye"

"so?"

"Takde pape..."

"Ha apa lagi yang you dah tengok? nombor surat beranak I tak nak tengok?"

"342639"

"Sheesh..yeah right...nice try"

"I wasn't referring to your surat beranak"

"Huh?"

"Awak...you are 34-26-39"

"HUH?"

"Okay..biar saye breakdown kan...top, saye rase 34, waist around 26..maybe 27 tapi around that figure..but that ass, from the way you bend down mase nak ambil kunci tadi, I would say 39 the least"

Kaki Nadira menghentam pedal brek. Terlambung Ajis ke depan bersama-sama barang-barang yang berselerak di tempat duduk belakang.

"What? what?" Ajis panik seketika. Berputar-putar kepalanya mencari apakah yang menyebabkan Nadira membuat brek kecemasan. Adakah Nadira terlanggar sesuatu?

Tingkap di bahagian penumpang di turunkan. Nadira merampas beg galas Ajis dan dicampaknya ke luar tingkap.

"Huh? Kenapa ni?"

"Get out"

"Huh? What? Why?...panas la kat luar"

"I don't care, get out from my car"

"Looorrr...takkan nak suruh saya jalan sampai kampus...panas la...jauh plak tu..mana sempat nak sampai sebelum kelas start"

"GET. OUT!"

"Ok..whatever it is, I am sorry okay?"

Nadira mengangkat tangan kanan perlahan-lahan dan mengembangkan kelima-lima jarinya.

"Sebelum I cakar muka you sampai lunyai, baik you keluar"

Ternaik halkum Ajis melihat Nadira yang bengis seperti harimau. Kata-kata Hakim bermain di mindanya...

"Bro...lu jangan main-main bila awek dah naik darah...especially kalau dia dah tunjuk taring dia...better get the hell out of there...never mess with crazy women"

Dengan pantas Ajis keluar dari kereta. Kuku Nadira yang di manikur berbentuk tirus pada hujungnya boleh menjadi alat robekan yang amat berkesan. Bila Nadira berkata dia akan cakar sampai lunyai, Ajis tidak berfikir panjang untuk cuba merungkai logikalitinya.

"PERVERT!!!" Nadira mengherdik Ajis sebelum memecut laju kereta.

"Blah la!!!..Perempuan Gilee!!" Ajis membalas herdikan Nadira. Kereta Nadira semakin hilang dari pandangan.

Ajis mengambil beg galas dari lantai tanah dan menepuk keluar kotoran-kotoran yang terlekat. Pedih matanya melihat terikan pancaran matahari yang sudah tegak di kepala. Jam tangan menunjukkan pukul 1:25PM.

"Sempat lagi neh" Ajis berkata sendirian. Ipod di keluarkan dari perut beg dan jarinya memutar-mutar kawalan, mencari lagu yang sesuai.

Jarinya berhenti pada "Buckcherry - Crazy Bitch"

"Play"

Telinga di sumbat earphone dan Ajis berjalan menuju ke kampus sambil bersiul.

Sayup kelihatan dari jauh bangunan perpustakaan UAM.

(Bersambung)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2011 07:13 PM | Show all posts
pervert?? hahahaha... nice.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2011 01:13 AM | Show all posts
ahahaaa... sadis tul ajis nih... tinggi sungguh imajinasi... no. surat beranak pun leh jadi body figur... mau tak hangin minah tuh...

sambung lagi yekkk...
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2011 01:00 PM | Show all posts
best giler!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2011 10:10 PM | Show all posts
Post Last Edit by dammerung at 5-11-2011 22:22

Suara Dr. Abdolreza terngiang-ngiang di telinga. Kedua belah tapak tangan memegang kepala lutut. Ajis mengawal pernafasannya. Dadanya turun naik. Dia baru sahaja berlari tanpa henti selama 20 minit. Walaupun begitu dia masih tidak dapat sampai tepat pada masa. Bahasa Inggeris bersadur loghat Iran tebal kedengaran dengan jelas dari luar dewan kuliah.

Perlahan-lahan Ajis menolak daun pintu. Dr. Abdolreza sibuk menulis sesuatu di papan hitam.

"I believe the class starts 10 minutes ago, Mr. Aziz" suara pensyarah dari Iran itu bergema di dalam dewan. Dia tidak perlu menoleh ataupun meneka siapakah yang sedang mencuri-curi masuk ke kelasnya kerana tidak ada pelajar lain berani mengingkari amaran kerasnya mengenai kedatangan lewat. Kecuali yang seorang ini.

"Everyone gives a round of applause to Mr. Aziz"

Pelajar-pelajar di dalam kelas memandang antara satu sama lain, tidak pasti apa yang perlu dilakukan.

Dr. Abdolreza menepuk tangan, diikuti oleh 54 pelajar yang lain. Semua mata tertumpu kepada Ajis.

"This is amazing...after all of the warnings that I've said about my hatred towards lateness, there you are rebelling against my policy"

"I am terribly sorry Dr. Reza, It just that I was running..."

"At tat tat tat...shhh...I don't want to hear any of your excuse"

"But Dr."

"Zip it!...how many times have you arrived later than the intended time to my class?"

Tiada jawapan dari Ajis. Dia terlalu penat untuk melayan soal siasat Dr. Reza. Kini dia hanya mahu merasai penghawa dingin yang menghembus tubuh badannya yang kuyup dek peluh.

"Mr. Aziz, please respond to my question"

"3..."

"Yes, Mr. Aziz?"

"3 sir...3 times that I've arrived late to your class"

"Now...I have this special package for three timers...much like if you buy DVDs, buy 3 free 1...since this is the third time in a row that you've arrived late...I'm gonna give you the special gift that you deserved"

"GET OUT OF MY CLASS"

Ajis tidak banyak soal. Dia meninggalkan dewan kuliah dan menuju ke tandas. Air paip yang bertakung di dalam tadahan tapak tangannya di tekap berkali-kali ke muka.

Tak guna punya perempuan!

Sementara menunggu kelas seterusnya bermula, Ajis mula mengarang draf kertas cadangan untuk tugasan Dr. Salwa. Masa berlalu dan Ajis berada dalam kelas seterusnya. Mindanya tertumpu kepada laporan yang perlu ditunjukkan kepada Dr. Salwa sebentar lagi. Ketika pensyarah sedang memberikan syarahan, Ajis sibuk menyiapkan kertas cadangan Bahasa Alternatif.

Pintu lif terbuka di tingkat 3, Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Ajis berjalan ke ruang legar yang dilengkapi tingkap-tingkap cermin kaca bagi membolehkan pengunjung menikmati pemandangan dari bangunan yang dibina di atas bukit itu. Dari situ dia boleh melihat landskap UAM yang begitu indah. Ajis melihat binaan-binaan dan infrastruktur UAM yang direka bentuk dengan nilai seni bina yang tinggi. Setiap satu bangunan direka berlandaskan pengaruh Asia Tenggara yang kaya dengan budaya dan ketamadunan. Ajis menoleh ke arah jam tangannya.

4:50PM

"No!..No!...Please jangan call I lagi!"

Nadira mematikan perbualan telefon. Matanya merah berkaca. Di dongakkan kepala untuk memastikan air matanya tidak menitis. Dia perasan akan kelibat seseorang sedang melalui ruang pensyarah. Ajis berjalan tanpa menghiraukan kehadiran Nadira. Dia masih makan hati dengan perbuatan gadis itu yang menyebabkan dia berjalan sejauh 5 kilometer di tengah panas matahari. Senyuman kecil terukir di bibir Ajis apabila dia terdengar derapan kasut tumit tinggi terketik-ketik di belakangnya.

"Oh I thought you two wouldn't make it" pembuka kata Dr. Salwa yang sentiasa sinis tidak pernah mengecewakan.

"Good evening doctor" Ajis membalas dengan sopan.

"So what do you guys will present to me today"

Ajis menerangkan dengan panjang lebar mengenai cadangan tugasan yang di berikan. Dr. Salwa mengangguk-angguk sebagai tanda berminat. Nadira pula hanya mampu berdiam diri.

"So Nadira, anything to add?"

"Hmmm...no...doctor"

"No? then you're saying you're not contribute anything? you're saying you are not interested with this assignment?"

Nadira semakin tertekan. Mahu sahaja dia menangis di situ. Tiba-tiba Ajis mengangkat tangan.

"Doctor...actually, this is Nadira's idea"

Terbuntang mata Nadira melihat ke arah Ajis yang kelhatan tenang di sebelahnya.

"Nadira was the one who came up with the elvish idea, she's a big fan of the movie...I mean I was proposing sign language but Nadira was the one who said that we should do elvish..."

Ajis menerangkan dengan panjang lebar sambil menunjukkan draf kertas cadangan tulisan tangan yang 'diilhamkan' oleh Nadira.

"Well Nadira, I'm impressed...never thought that you are really into this assignment"

"Thank you doctor"

"I want to see this proposal written properly in word document tomorrow...and also the first 3 chapters...make sure the executive summary is perfect"

"Yes doctor" Nadira menjawab bagi pihak Ajis.

"Now get out"

Nadira teragak-agak untuk memanggil Ajis yang berjalan di hadapannya.

"Hey"

Ajis tidak mengendahkan panggilan Nadira.

"Hey awak"

"Aziz"

"Huh?"

Ajis menghentikan langkahnya. Dia menoleh ke arah Nadira.

"Aziz...nama saya..Aziz"

"Aziz...thanks"

"Thanks?"

"Terima kasih pasal tadi..."

"Oh yea...ok" Ajis menghadiahkan senyuman kepada Nadira sebelum kembali berjalan keluar dari ruangan pensyarah.

"Aziz..."

"Yes?"

"Kenapa you cakap it was my idea?"

"Saya tak sampai hati..."

"Kenape?"

"Saye nampak awak macam nak nangis tadi...so saye tak sampai hati tengok awak buat scene kat bilik Dr."

"Oh..ok...thanks again"

"Yea ok"

"Aziz...can I have you number?"

"Jangan salah faham eh...ini untuk assignment neh"

"Yelah...duh"

"Orang panggil saya Ajis...just to let you know"

"Ajis?"

"Yea..as in A, J, I, S"

Tergelak Nadira. Ajis memandang dengan pelik.

"Apasal?"

"Ohh nothing...it just that it rhymes with Najis"

"Not funny"

"You know what...I nak letak nama you as Najis" Nadira memadam 'Ajis' dan menggantikan dengan 'Najis' dalam telefon.

"Malas nak layan awak" Ajis meninggalkan Nadira yang sengaja menyakitkan hatinya.

"Ajis...okay...okay sorry"

Ajis berpaling ke arah Nadira.

"I'm sorry okay?" Nadira yang masih tidak berhenti ketawa dengan gurauannya terhadap Ajis.

"Okay...and please stop calling me that"

"That what?"

"Najis"

"Ha ha ha..."

"It's not funny!"

"Ok..geez...gurau-gurau pun tak boleh"

"Whatever"

"Tadi you balik kolej naik ape?"

"Naik kaki"

"Kaki? you walked?

"Yes"

Nadira ketawa lagi. Kali ini lebih kuat dari yang sebelumnya.

"Well I'm not gonna apologize for that one...you deserved it"

"Yea whatever...ade ape-ape lagi?"

"Anyway...need a ride home?"

"No, it's okay...I need to go somewhere"

"Okay...so...I see you tomorrow?"

"Okay...where? when?"

"Nanti I sms you...esok bila kelas you?"

"9 pagi sampai 11...petang pukul 3 sampai 4.30"

"Okay, we'll meet at 12 tomorrow...I'll pick you up...just wait for my sms"

"Okay"

"See you..."

"Bye" Ajis memandang Nadira yang berlalu meninggalkannya.

"Nadira...what a girl" Ajis berkata sendirian.

(bersambung)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 04:53 AM GMT+8 , Processed in 0.070059 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list