CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 137|Reply: 0

NATO tetap tamatkan misi di Libya lusa

[Copy link]
Post time 29-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
BRUSSELS: Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) secara rasmi memutuskan untuk menamatkan misi tujuh bulannya di Libya pada 31 Oktober ini, kata diplomat semalam, walaupun menerima desakan daripada kerajaan baru \rnegara itu supaya rondaan udara diteruskan sehingga akhir tahun ini.\rPesawat tempur NATO akan mengakhiri misi Isnin ini selepas terbang lebih 26,000 operasi tentera dan mengebom hampir 6,000 sasaran dalam operasi yang membantu pemberontak menumbangkan pemerintahan bekas pemimpin negara itu, Muammar Gaddafi.\r\rDuta NATO yang mengadakan pertemuan di Brussels bersetuju sebulat suara untuk menamatkan Operasi Bersepadu (OUP) pada 31 Oktober, kata diplomat berkenaan yang enggan dikenali.\r\n\n\n\n\n\rPakatan itu membuat keputusan awal minggu lalu untuk menamatkan operasi pada 31 Oktober selepas menilai penduduk awam selamat daripada serangan berikutan kematian Gaddafi dan kejatuhan Sirte.\rKeputusan rasmi semalam dibuat sehari selepas Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebulat suara mengundi menamatkan mandat yang membo-\rlehkan tindakan ketenteraan dilakukan di Libya bermula jam 11.59 \rmalam waktu Libya pada 31 Oktober.\rSetiausaha Luar Britain, William Hague, berkata keputusan PBB menunjukkan negara itu memasuki era baru tetapi pemimpin sementara Libya, Mustafa Abdel Jalil, memberi amaran Rabu lalu golongan yang setia kepada Gaddafi masih memberikan ancaman.\rResolusi itu, kata Hague kelmarin, adalah satu lagi batu loncatan penting ke arah masa depan Libya yang aman dan demokratik.\rOperasi itu menyebabkan PBB berdepan perbalahan, dengan Russia, China, Brazil, India dan Afrika Selatan menuduh NATO melanggar mandat.\rPakatan Barat kini melihat bagaimana mereka dapat membantu rejim baru Libya.\rSetiausaha Agung NATO, Anders Fogh Rasmussen, menawarkan untuk membantu pemimpin baru negara itu memperbaharui sektor keselamatan tetapi ia berulang kali mengenepikan hasrat menghantar tenteranya. – AFP\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:11 PM GMT+8 , Processed in 0.164639 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list