View: 130|Reply: 0
|
Usaha cari mangsa gempa diteruskan
[Copy link]
|
|
Pasukan penyelamat Turki guna kren, peralatan berat bantu penduduk terperangkap\rERCIS: Pasukan penyelamat Turki menjalankan usaha mencari mangsa gempa bumi di wilayah Van di timur negara itu sepanjang malam dengan menggali di celah bangunan ketika anggota keluarga mangsa, sebahagiannya dengan linangan air mata menanti di luar. Kren dan peralatan berat lain mengangkat bongkah konkrit dan penduduk mencari orang tersayang menggunakan penyodok. \r\n\n\n\n\rBeratus-ratus penduduk yang tinggal di wilayah Van, merayu bantuan melalui laman Twitter, sambil memberikan alamat bangunan runtuh dan jumlah mereka yang terperangkap di dalam runtuhan bangunan.\r\r\n\n\n\n\nRamai pelajar dipercayai tertimbus hidup-hidup di Ercis, sebuah bandar yang paling teruk terjejas akibat bencana alam itu, apabila sebuah asrama dan beberapa kediaman mereka runtuh.\rEmpat orang berjaya diselamatkan dari runtuhan sebuah bangunan apabila seorang daripada mereka meminta bantuan menggunakan telefon bimbitnya dalam kejadian yang setakat ini sudah mengorbankan sekurang-kurangnya 270 orang, manakala kira-kira 1,000 orang lagi dikhuatiri masih terperangkap.\rYalcin Akay ditarik keluar dari runtuhan bangunan enam tingkat dengan kecederaan di kaki selepas dia menghubungi talian hotline polis dan memberitahu lokasinya, lapor agensi berita Anatolia.\rBerpuluh-puluh mangsa masih terperangkap di bawah timbunan serpihan tetapi pihak berkuasa berkata angka kematian mungkin tidak setinggi yang dikhuatiri pada awalnya.\r\n\n\n\n\rKumpulan bantuan bergegas mendirikan khemah, hospital sementara dan dapur untuk membantu beribu-ribu penduduk yang kehilangan tempat tinggal atau bimbang untuk kembali ke rumah masing-masing.\rPegawai berkata, beratus-ratus rumah di kampung dan bangunan konkrit di dua bandar raya ranap dalam kejadian yang berlaku berhampiran sempadan Iran itu, kelmarin. Paling teruk terjejas ialah Ercis, bandar raya di timur Turki dengan 75,000 penduduk yang dekat dengan sempadan Iran dan antara bandar di negara itu yang rawan gempa bumi, dengan kira-kira 80 bangunan runtuh. \rSementara itu, di Kuala Lumpur, Wisma Putra mengesahkan tiada rakyat Malaysia terbunuh atau cedera dalam kejadian gempa bumi berukuran skala 7.3 Richter yang menggegarkan Turki petang kelmarin hingga mengorbankan lebih 1,000 orang.\rJurucakap Wisma Putra yang dihubungi Berita Harian semalam memaklumkan, mereka belum menerima sebarang laporan atau maklumat adanya rakyat negara ini terbabit dalam gempa bumi di wilayah Van dan Ercis di timur Turki itu.\rBerita Harian dimaklumkan tiada pelajar Malaysia berada di dua wilayah terbabit kerana universiti tempat mereka menyambung pengajian berada di luar kawasan gempa bumi.\rPihak berkuasa Turki melaporkan kebanyakan mangsa yang cedera dan terbunuh akibat tertimbus dalam runtuhan bangunan yang runtuh dan kerja menyelamat kini giat dijalankan anggota penyelamat dan orang ramai. – Agensi
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|