Majlis LanBerambeh Anak Sarawak di PWTC Jumaat ini 11/10/20118:24pm
KUALA LUMPUR 11Okt. – Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud merupakan tetamu khaspada Majlis Lan Berambeh Anak Sarawak 2011 di Dewan Merdeka, Pusat DaganganDunia Putra, 14 Oktober ini. Penaung majlistersebut, Datuk Fadillah Yusuf berkata, lebih 3,000 anak Sarawak yang menuntutatau bertugas di Semenanjung Malaysia dijangka menghadiri majlis itu. Beliau yang jugaTimbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, majlis yang bermula jam 7.30malam itu dianjurkan oleh Persatuan Anak Sarawak Semenanjung (PASS) dan pesertatidak dikenakan bayaran. “Majlispertemuan terbesar itu bertujuan mengeratkan hubungan sesama anak Sarawak diSemenanjung, selain beramah mesra dengan pemimpin peringkat negeri danpersekutuan. “Abdul Taibdijangka menyampaikan ucapan pada majlis tersebut,” katanya di sini hari ini. Lan BerambehAnak Sarawak adalah acara tahunan yang menyajikan pelbagai juadah istimewaSarawak seperti mi kolok, kek lapos dan laksa Sarawak, selain persembahan artiskelahiran Sarawak. Untuk maklumatlanjut, anak Sarawak boleh menghubungi 013-7117477 (Samuel), 03-26923782 (RumahSarawak KL) atau 03-21457371 (Yayasan Sarawak KL) atau layari FacebookPersatuan Anak Sarawak Semenanjung. - Utusan http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1011&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_28.htm
Jom pegi ramei²
mod leh merge thread kalo dah ade yek
|