View: 136|Reply: 0
|
Roddick hampir diaib Yen-hsun
[Copy link]
|
|
Pemain Taiwan heret permainan hampir dua jam sebelum tewas\rSHANGHAI: Andy Roddick (atas) terpaksa bekerja keras sebelum menundukkan pemain Taiwan, Lu Yen-hsun 6-2, 3-6, 6-2 di Shanghai Masters kelmarin, sekali gus mengelak dimalukan tersingkir di pusingan awal buat kali kedua dalam tempoh seminggu di China.\r\n\n\n\n\r Pemain Amerika pilihan ke-10 itu yang tewas kepada Lu pada Wimbledon tahun lalu, memulakan perlawanan dengan baik apabila dua kali mematahkan servis dan mendahului 4-0 sebelum menang 6-2 pada set pertama.\r\r\n\n\n\n\n Tetapi pemain Taiwan yang menduduki ranking ke-74 dunia itu bangkit pada set kedua dengan mempamerkan pukulan kilas dua tangan menakjubkan dan tepat di atas garisan untuk mendahului 3-1, sekali gus menyamakan kedudukan dan membuatkan Roddick hilang punca.\rPemain Amerika itu jelas resah apabila menyuarakan rasa kekecewaannya dengan merungut lantang terhadap pergerakan di bangku penonton tetapi kembali fokus menangani detik genting dengan merampas servis dalam permainan keempat set penentuan.\rRoddick yang tersingkir pada pusingan pertama Terbuka Beijing kepada pemain Afrika Selatan, Kevin Anderson minggu lalu, memudarkan cengkaman Lu dengan mematahkan servis sekali lagi untuk menamatkan permainan dalam tempoh hampir dua jam. \r“Dia bermain dengan risiko tinggi. Anda tahu, dua set dengan dua kali servis dipatahkan, satu set di mana saya mempunyai peluang tetapi gagal,” kata Roddick. “Anda tahu, secara keseluruhan agak baik, menyelamatkan mungkin empat permainan.”\r\n\n\n\n\rTerdahulu, bekas pemain nombor tiga dunia, David Nalbandian mara ke pusingan kedua dengan menundukkan pemain Latvia, Ernests Gulbis 7-5, 6-4. – AFP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|