tapi undang2 tak kata pasal warna, yg diukur adalah ketelusan cahaya bukan warna
zzcbr Post at 8-11-2011 10:03
Kaedah 11(a) dan 11(b) Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-jenis Kaca Tertentu) 1991 memperuntukkan bahawa kenderaan milik Kerajaan yang digunakan oleh orang-orang berikut dibenarkan menggunakan cermin gelap iaitu:
- Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atau Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong.
- Duli Yang Maha Mulia Raja sesuatu Negeri.
- Pemangku Raja sesuatu Negeri .
- Pembesar Memerintah Negeri bagi Negeri Sembilan.
- Bakal Raja sesuatu Negeri .
- Bekas Raja sesuatu Negeri .
- Tuan yang Terutama Yang di-Pertua Negeri sesuatu Negeri.
- Hakim Mahkamah Agung atau Mahkamah Tinggi.
- Pegawai polis atau pegawai tentera sebagaimana yang dinyatakan masing-masingnya oleh Ketua Polis Negara atau Ketua Turus Angkatan Tentera.
|