View: 74|Reply: 0
|
Aksi kualiti antarabangsa penting
[Copy link]
|
|
Rajagobal mahu pendekatan itu bermula dengan Australia petang ini\rDATUK K Rajagobal mahu mengaut peluang pertemuan menentang Australia, hari ini dengan menguji pemain tanpa mengira apa keputusan bakal dicatat dalam siri persahabatan antarabangsa ini.\r\n\n\n\n\r “Kami memerlukan banyak perlawanan berkualiti dan ini salah satu daripadanya,” kata ketua jurulatih skuad Harimau Malaya itu.\r\r\n\n\n\n\n “Proses menguji dan memilih pemain membangunkan pasukan kebangsaan yang mantap tidak pernah berhenti dan kita tidak boleh berputus asa dan kecewa hanya kerana mengalami kekalahan. \r“Saya sedar, apabila kalah, pemilihan pemain akan dipersoalkan pengkritik bola sepak tempatan, tetapi apabila menang, tidak timbul pula isu begini walaupun tiada nama-nama besar dalam pasukan.\r“Untuk perlawanan dengan Australia, tumpuan saya adalah mengekang lawan daripada membolosi gawang negara dan pada masa sama mencuri peluang menghasilkan gol. Saya tidak rasa itu satu perkara mustahil walaupun lawan dihadapi pasukan hebat.”\rMalaysia dan Australia pernah bertemu enam kali dengan skuad Socceroos itu menang lima dan tewas sekali.\r\n\n\n\n\rRajagobal yang menyenaraikan 22 pemain dengan gabungan pemain berpengalaman seperti Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha dengan pemain muda dari skuad Olimpik, bakal berdepan skuad Holger Osieck yang kehilangan khidmat empat tonggak utama - Harry Kewell, Brett Emerton, Tim Cahill dan Mark Schwarzer.\rNamun, kekosongan itu bakal diisi penjaga gol Reading, Adam Federici (menggantikan Schwarzer), manakala Brett Holman dijangka menerajui jentera serangan bergandingan dengan Joshua Kennedy.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|