View: 102|Reply: 0
|
Amukan Ban Mero di Tasik Titiwangsa
[Copy link]
|
|
Tekad rampas kategori 60kg Muay Thai KLFINALIS kategori 60 kilogram, Cabaran Muay Thai Kuala Lumpur Super 8, Amirul Ariffin (gambar) yang tewas kepada Wan Abdullah Wan Ibrahim pada pertemuan tujuh bulan lalu, kini bertekad merampas kembali gelaran dalam saingan Regu Pilihan Terhebat di Stadium Taman Tasik Titiwangsa, Jumaat ini.\n\n\n\n Perebutan tali pinggang kejuaraan antara jaguh Muay Thai berkenaan yang sepatutnya diadakan pada Jun lalu itu terpaksa ditangguhkan pada saat-saat akhir akibat masalah kesihatan dialami juaranya, Wan Abdullah dari Kelab Kirsty Muay Thai Ampang ketika edisi kedua cabaran berlangsung. \n\n\n\n\n Amirul atau lebih dikenali sebagai Ban Mero sudah bersedia 100 peratus menamatkan penantian serta ‘dendam’ lama itu yang disifatkan amat mengecewakan buat dirinya dan juga peminat.“Jun lalu saya begitu kecewa kerana tidak dapat beraksi seperti dijadualkan kerana sudah melakukan persediaan mantap bertemu Wan Abdullah tetapi terpaksa menerima hakikat masalah kesihatan lawan saya. Dia juga sudah bersedia,” kata anak muda berusia 21 tahun itu yang merakamkan 45 kemenangan daripada 50 perlawanan disertainya.Sementara itu, peninju antarabangsa yang mengesahkan penyertaan ialah Yaya Jongjit atau nama gelarannya Ya’ Vietnam dari Kelab Muay Thai Dragon Horn Bill, Pit Ruang atau Pit Thai dari Akademi Muay Thai Eagle dan Amir Naseri atau Amir Worrior dari Kambiz Worrior Gym Iran. Peminat boleh mendapatkan tiket pra-jualan dengan hubungi Abang Lan (Lembah Pantai) di talian 012-2191735, Abang Wan (Wangsa Maju) 017-6821851, Acong (PULAPOL) 012-7864930 atau Yus (Gombak) 012-6048026.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|