|
PERUGIA: Seorang pendakwa raya Itali akan merayu keputusan tidak bersalah pelajar Amerika Syarikat, Amanda Knox atas dakwaan membunuh rakan serumahnya dari Britain, Meredith Kercher.\r“Kami akan buat rayuan,” kata Giuliani Mignini ketika dihubungi agensi berita. Keluarga Kercher juga kecewa dengan keputusan mahkamah itu dan berikrar terus mencari keadilan.\r\n\n\n\n\r“Mahkamah lebih tinggi akan membuat keputusan menyokong keputusan pertama atau kedua,” kata Mignini yang mahu membuat rayuan kepada mahkamah rayuan tertinggi Itali.\r\r\n\n\n\n\nKetika Knox menunggu di lapangan terbang Rome untuk penerbangan ke London dan seterusnya Seattle, ibu dan adik beradik Kercher mengadakan sidang media di sini dan menyuarakan kekecewaan mereka mengenai keputusan kes pembunuhan empat tahun lalu di bandar ini.\rAdik Kercher, Stephanie berkata, mereka akan menunggu untuk mendapat penjelasan mahkamah mengenai keputusan terbaru itu dan berharap semua pembunuh akan ditangkap.\r“Sebaik saja kami dimaklumkan mengenai sebab keputusan ini, barulah kami faham mengapa mereka dilepaskan dan akan berusaha mencari pembunuh sebenar.\r“Amat mengecewakan, tak tahu siapa di luar sana yang melakukannya,” kata Stephanie. – Reuters
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|