CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6366|Reply: 14

[fakta] Rahsia Di Dalam Ais

[Copy link]
Post time 14-9-2011 04:25 PM | Show all posts |Read mode


"Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia"


-Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.


-Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.


-Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.


-Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.


-Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.


-Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.


-Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total


-Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.


-Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan.


-Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.


-Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.


-Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.


-Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.


-Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.


-Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat.


-Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-9-2011 04:25 PM | Show all posts
-Air sejuk akan menguatkan tulang bayi.


-Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.


-Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu Intan.


-Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.




-Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.


-Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.


-Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.


-Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk..


-Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil.


-Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.


-Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.


-Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan
unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut..
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2011 05:46 PM | Show all posts
"Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia"


-Ai ...
bbalik Post at 14-9-2011 16:25



betul ke kunyah ais leh tingkatkn kecerdasan otak?
bkn ke leh wat gigi kita rosak ke and lemahkan sistem laki?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2011 07:42 AM | Show all posts
Reply 3# aspire4535


    tak pasti ler pulak... mungkin yer mungkin mitos....

sebab ader satu cara perubatan di kemanan, terengganu untuk ubati orang yang lumpuh dia akan minta kita rendam kaki dalam ais yang dicampur dengan herba2... bapak aku buat macam ok jer...




Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2011 08:30 AM | Show all posts
ermm...i dun think this topic shud be here:re:

what to discuss....
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2011 11:17 AM | Show all posts
very informative. thanks for sharing!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-9-2011 11:34 AM | Show all posts
So, budak-budak kecik sekarang ada banyak alasan untuk makan aiskrim.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2011 02:27 PM | Show all posts
betol ke ehh?? aku minom ais byk penyakit dpt..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2011 04:31 PM | Show all posts
elok ke.. x elok ker.. aku suke sgt gigit ais.. huhu..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2011 05:35 PM | Show all posts
Reply 9# mrbotak


    aku pun sama..krukk krukk. dah jadi habit
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2011 05:42 PM | Show all posts
nanti gigi jadi jarangg....{:2_77:}

Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2011 08:31 PM | Show all posts
vey good information,thanks for sharing!!
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2011 09:09 PM | Show all posts
Terima kasih sudi share informasi berguna...

Ada juga yang berpendapat nenggigit ais dapat meninggikan kadar metabolisme...
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2011 11:23 PM | Show all posts
yang penting sekarang musim panas..
dapat minum aissssssss..legaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...alhamdulillah..( tersendawa )
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2011 03:23 AM | Show all posts

Errr...

"Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia"


-Ai ...
bbalik Post at 14/9/2011 16:25





Meh aku tambah satu... Nama sebenar Iceman ialah Robert "Bobby" Louis Drake... Dia ni salah seorang anggota Xmen...




Jizzz... Klong! Klong!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 01:54 PM GMT+8 , Processed in 1.461483 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list