CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 133|Reply: 0

Buktikan!

[Copy link]
Post time 10-9-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Zolkples cabar Kien Keat-Boon Heong bangkit tanpa khidmat RexyJANGAN lagi jadikan jurulatih sebagai kambing hitam setiap kali tewas selepas ini. \rItu peringatan tegas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong terhadap pasangan emas, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong, semalam Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (CTC), Persatuan Badminton Malaysia (BAM), memberi Rexy Mainaky tugas baru membimbing beregu wanita dan campuran.\r\n\n\n\n\r   Zolkples berkata, pasangan ranking kelima dunia itu perlu bangkit mengembalikan semula prestasi cemerlang di persada antarabangsa, terutama pada Sukan Olimpik London tahun depan selepas tuntutan mereka dipenuhi BAM, kelmarin.\r\r\n\n\n\n\n   Kien Keat-Boon Heong kena buktikan kerana pertukaran jurulatih ini adalah atas permintaan mereka sendiri. Kita sebenarnya tidak galakkan budaya ini (membuat tuntutan) tetapi selepas BAM mengkaji secara mendalam, mungkin mereka terpaksa akur.\rJadi, mereka perlu buktikan mampu beraksi lebih baik tanpa Rexy, katanya selepas akhbar kelmarin melaporkan Kien Keat-Boon Heong sah bercerai dengan Rexy yang membimbing mereka sejak 2005.\rMalah CTC yang dipengerusikan Setiausaha Kehormat BAM, Ng Chin Chai terpaksa merombak semula struktur kejurulatihan apabila jurulatih pelapis, Tan Kim Her dinaikkan pangkat menggantikan Rexy, sambil dibantu Pang Cheh Chang dan Rosman Razak.\rKita akan teliti semula kontrak Rexy susulan pertukaran tugas ini. MSN akan berbincang dengan BAM dalam tempoh terdekat sejajar dengan perkembangan terbaru ini, kata Zolkples.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 05:16 PM GMT+8 , Processed in 0.264142 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list