CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 129|Reply: 0

Manchester City sedia sembelih Wigan

[Copy link]
Post time 10-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
MANCHESTER: Manchester City mensasarkan satu lagi keputusan cemerlang dalam usaha menumbangkan penyandang juara Liga Perdana Inggeris – Manchester United – apabila berdepan Wigan di laman sendiri hari ini.\rSelepas kedatangan Sergio Arguero dan Samir Nasri akhir bulan lalu, City memulakan kempen Liga Perdana dengan cemerlang apabila mengumpul sembilan mata selepas tiga perlawanan.\r\n\n\n\n\r   Walaupun kekukuhan benteng  mereka terus dipersoalkan, City sudah merakam 12 gol ketika menewaskan Swansea 4-0, Bolton 3-2 dan Tottenham 5-1.\r\r\n\n\n\n\n   Dengan perlawanan sulung Liga Juara-Juara menanti di Stadium Etihad minggu depan bertemu Napoli, pengendali City, Roberto Mancini dibelenggu dilema pertamanya dalam menyediakan skuad untuk perlawanan keempat liga menentang Wigan.\rKemenangan ke atas skuad kendalian Roberto Martinez akan melonjakkan City ke tangga teratas Liga Perdana, sekurang-kurangnya sehingga tamat perlawanan antara United dan Bolton di Stadium Reebok lewat hari ini.\rNasri dijangka  diturunkan walaupun masih mengalami kecederaan di tangan, tetapi Micah Richards dan Nigel de Jong diragui kecergasan masing-masing akibat kecederaan hamstring dan buku lali.\rKolo Toure, yang kini dapat kembali beraksi selepas digantung enam bulan kerana gagal ujian dadah, dan Owen Hargreaves masih belum memenuhi tahap kecergasan untuk beraksi penuh dan mungkin sekadar memanaskan bangku simpanan. – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 04:58 PM GMT+8 , Processed in 0.813089 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list