View: 92|Reply: 0
|
England akui gerun scrum skuad Puma
[Copy link]
|
|
DUNEDIN (New Zealand): Jurulatih scrum England, Graham Rowntree menanti prospek pertembungan sengit menentang Argentina apabila kedua-dua pasukan berentap dalam perlawanan pembukaan mereka di kejohanan Ragbi Piala Dunia, Sabtu ini.\rSkuad Puma amat dikenali dengan kekuatan ketika melakukan scrum manakala England, tidak kira apa juga usaha keras mereka lakukan di mana-mana, kebiasaannya menampilkan prestasi buruk ketika scrum.\r\n\n\n\n\r “Adakah mereka yang terbaik dalam bidang ini?,” kata bekas pemain prop England, Rowntree kelmarin. “Jadi, kita tunggulah dalam perlawanan nanti. Selalunya perlawanan sukar dan penuh fizikal apabila menentang mereka, dan saya rasa ia tidak berubah kali ini.”\r\r\n\n\n\n\n Bagi kedua-dua negara, scrum menjadi asas permainan mereka pada Piala Dunia 2007 ketika England muncul naib juara kepada Afrika Selatan dan Argentina mengejutkan senarai kedudukan kesatuan ragbi dengan menduduki tempat ketiga selepas dua kali menewaskan tuan rumah, Perancis.\rRowntree, 54 kali mewakili England berkata, berdepan aksi scrum menentang Argentina menjadi ujian getir terhadap barisan depan England.\r“Ia sukar, begitu memeritkan dan menyeksakan. Anda menguji diri sebagai seorang pemain, sebagai pemain penyerang barisan depan, menentang pemain Argentina dan Perancis.\r“Sebagai seorang pemain muda, antara aksi pertama saya ialah menentang Argentina dan ia menjadi petang yang sukar. Ia bakal menjadi penanda aras baru untuk jurulatih scrum: Apa yang perlu anda lakukan apabila menentang sebuah pasukan seperti Argentina atau Perancis.”\r\n\n\n\n\rSkuad Puma memberi senarai pemain menentang England kelmarin dengan hooker veteran, Mario Ledesma menyertai barisan depan dibarisi prop berpengalaman, Rodrigo Roncero, manakala Martin Scelzo, seperti Ledesma tampil dalam Piala Dunia buat kali keempat, berada di bangku simpanan. – AFP\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|