View: 98|Reply: 0
|
Wozniacki bangkit benam Kuznetsova
[Copy link]
|
|
NEW YORK: Pemain nombor satu dunia, Caroline Wozniacki bangkit daripada ketinggalan satu set dan kedudukan 1-4 di set kedua sebelum menewaskan Svetlana Kuznetsova dan melangkah ke suku akhir Terbuka AS semalam, sekali lagi mempamer permainan goyah yang gagal menepati statusnya.\rPemain Denmark itu yang masih memburu kejuaraan grand slam pertama untuk mengukuhkan statusnya di tangga teratas ranking WTA, menyingkirkan juara 2004, Kuznetsova 6-7 (6/8), 7-5, 6-1 dan bakal berdepan pemain Jerman, Andrea Petkovic untuk mencari tempat ke separuh akhir.\r\n\n\n\n\r Dalam suku akhir lain, juara tiga kali Serena Williams akan berdepan pemain Russia, Anastasia Pavlyuchenkova selepas membenam cabaran Ana Ivanovic 6-3, 6-4.\r\r\n\n\n\n\n Serena, pilihan ke-28 selepas setahun bergelut dengan kecederaan dan masalah kesihatan serius, masih belum tercicir sebarang set di Flushing Meadows tahun ini dan bekas pemain nombor satu dunia Ivanovic jelas tidak mampu mencalarkan rekod itu.\rPemain Amerika Syarikat 29 tahun itu mendahului 3-0 pada set pembukaan di Stadium Arthur Ashe yang berangin sebelum Ivanovic, pilihan ke-16 tetapi tidak pernah melepasi kelompok 16 terakhir, bangkit menyamakan kedudukan 3-3.\rNamun keupayaan Serena merampas servis pada permainan kelapan meletakkannya di landasan kemenangan.\r“Hari ini sangat berangin dan begitu sukar,” kata Serena, yang hadir beraksi di Terbuka AS berbekalkan kejuaraan di Stanford dan Toronto, yang juga kejuaraan pertamanya selepas 11 bulan berehat sejak Wimbledon 2010. - AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|