CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 91|Reply: 0

Kim Swee mampu kekang amukan Samurai Biru

[Copy link]
Post time 6-9-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
KETAHANAN diri selama 120 minit.\rItulah yang perlu dimiliki pemain skuad Olimpik negara menyaingi Jepun sepanjang aksi 90 minit perlawanan sulung Kumpulan C, pusingan akhir kelayakan Olimpik 2012,  Zon Asia di Stadium Tosu, Wilayah Saga pada 21 September ini.\r\n\n\n\n\r  Menurut jurulatih skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee, aspek ketahanan itu penting terutama apabila berdepan pasukan sehebat Jepun yang pasti memaksa anak buahnya berhabis tenaga bertahan.\r\r\n\n\n\n\n “Bagi saya, pemain Jepun memiliki kepantasan, kekuatan dan ketahanan. Tapi pemain kita memiliki kemampuan sama terutama dari aspek kepantasan.\r“Untuk bertahan dengan baik sepanjang 90 minit permainan, kita perlu memiliki ketahanan diri sehingga mencapai 120 minit terutama dan tidak memberi ruang kepada pemain Jepun,” kata Kim Swee ketika ditemui  di Padang MSN, Bukit Jalil petang semalam.\rSeramai 24 pelatih termasuk K Sasikumar dan Gary Steven Robbat menjalani sesi latihan bertumpu kepada ujian kecergasan dipantau petugas dari Institut Sukan Negara (ISN).\r“Sebenarnya ujian kecergasan ini kita lakukan tiga bulan sekali bagi memantau tahap kecergasan pemain. Dari sini kita dapat menilai pemain diturunkan dalam perlawanan sebenar.\r\n\n\n\n\rMenjelang pertemuan getir dengan Jepun itu, skuad Olimpik negara bakal mengharungi dua aksi persahabatan iaitu menentang kelab Iraq, Al-Arbil di Padang Wisma FAM, Kelana Jaya Khamis ini dan berdepan skuad Olimpik Oman pada 14 atau 15 September sebelum berlepas ke Jepun pada 16 September.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 04:59 PM GMT+8 , Processed in 0.184639 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list