|
Diikat Rep Czech 2-2 gol penalti kontroversi\rGLASGOW: Harapan Scotland untuk layak ke Euro 2012 kini terkapai-kapai selepas Michal Kadlec menjaringkan gol kontroversi menerusi sepakan penalti pada minit terakhir untuk memberikan Republik Czech keputusan seri 2-2 di Hampden Park, kelmarin.\r\n\n\n\n\r Anak buah Craig Levein yang memburu tempat play-off kelayakan, memerlukan kemenangan untuk merapatkan jurang dengan Republik Czech dalam perebutan tempat kedua di belakang Sepanyol yang menduduki tangga teratas kumpulan.\r\r\n\n\n\n\n Scotland menguasai saingan apabila Darren Fletcher mengumpan kepada Kenny Miller untuk membuka jaringan seminit sebelum rehat perlawanan.\rNamun, pemain Republik Czech mengasak bertalu-talu ke kubu Scotland pada babak kedua dan mendapat gol yang diperlukan apabila Jaroslav Pasil menanduk masuk gol penyamaan pada minit ke-78.\rKesilapan Jan Rajnoch membolehkan Miller melakukan hantaran lintang kepada Fletcher untuk meletakkan Scotland kembali di depan pada minit ke-83.\rNamun Scotland kecewa apabila pengadil dari Belanda, Kevin Blom memberikan sepakan penalti kepada lawan selepas pemain gantian, Jan Rezek dijatuhkan dalam kotak penalti walaupun ulang tayang menunjukkan Danny Wilson langsung tidak menyentuh pemain itu dalam usahanya merebut bola.\r\n\n\n\n\rKadlec menyempurnakan sepakan penalti yang menyebabkan Scotland yang bermain kurang satu perlawanan, kini lima mata di belakang Republik Czech yang menduduki tangga kedua.\r“Kami melakukan banyak perkara baik hari ini. Kami menunjukkan tahap ketahanan yang hebat dan ada ketika bermain dengan begitu baik dan sukar untuk menerima kekalahan di luar kawalan kami,” kata Levein. – AFP
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|