CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 107|Reply: 0

Sertai KLRC

[Copy link]
Post time 5-9-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Zakry-Fairuzizuan harap temui sengat, capai impian Olimpik London 2012SELEPAS berteka-teki, pasangan beregu Mohd Zakry Abdul Latif dan Mohd Fairuzizuan Tazari sah menyertai kelab profesional Kuala Lumpur Rackets Club (KLRC) untuk mencari tapak baru badminton antarabangsa.\n\n\n\n   Namun sejauh mana sengat Zakry-Fairuzizuan di bawah KLRC akan teruji apabila pasangan yang pernah mencipta sensasi pada 2008 ini beraksi di Grand Prix Emas Indonesia di Kalimantan, 27 September hingga 2 Oktober ini.\n\n\n\n\n   Pasangan itu yang memohon keluar daripada naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada 20 Ogos lalu berkata, keputusan menyertai KLRC dicapai Jumaat lalu, itupun selepas menerima lampu hijau BAM.“Kami memilih KLRC kerana mereka mempunyai program yang sesuai dengan kehendak kami. Kami yang membuat permohonan kerana kami sedar KLRC adalah kelab yang boleh membantu impian kami beraksi di Olimpik London tahun depan,” kata Zakry pada majlis sambutan rumah terbuka Aidilfitri KLRC, semalam.“Selepas mengumumkan keluar daripada BAM bulan lalu, kami mempunyai beberapa pilihan lain tetapi mendapati KLRC amat sesuai dengan kami, dan sebelum Hari Raya kami mulakan rundingan,” katanya lagi.Pasangan beregu itu mencipta nama apabila memenangi dua kejohanan berturut-turut – Terbuka Singapura dan Siri Super Indonesia pada 2008 hingga melonjakkan ranking sebagai pasangan nombor empat dunia pada satu ketika.\n\n\n\nSementara itu, Fairuzizuan berkata, mereka perlu membuat keputusan segera untuk memastikan impian yang tidak kesampaian sebelum ini mampu direalisasikan.“Memilih untuk menjadi pemain tanpa ikatan, kami sedar ia sukar tetapi dengan bimbingan KLRC, kami percaya misi menjadi pasangan digeruni mampu menjadi kenyataan,” katanya.Pasangan itu akan berlatih di Akademi Badminton New Vision bersama pemain KLRC lain tetapi tetap menggunakan kemudahan sparring tiga kali seminggu dengan pemain BAM di Stadium Juara untuk memenuhi kalendar pertandingan tahun ini, antaranya Siri Super Perancis, Terbuka Denmark, Siri Super Hong Kong, Terbuka China, GP Emas Macau, GP EMas Korea Selatan dan GP Emas India.Sementara itu, Pengarah KLRC Berhad, Datuk Seri Andrew Kam gembira dengan kehadiran pasangan itu dan berjanji membantu Zakry-Fairuzizuan mencapai misi ke Olimpik London 2012.“Pasangan ini mengakui masih mahu beraksi di kancah kompetitif dan KLRC mahu memberikan mereka platform untuk mencapai impian itu,” katanya.

[Posting Asal]                [Kembali ke Berita Rakyat]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 04:54 PM GMT+8 , Processed in 0.121868 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list