CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2781|Reply: 2

Novel-Demi Cinta

[Copy link]
Post time 25-8-2011 11:25 AM | Show all posts |Read mode
Intan, Liza, Daniel dan Aizat memang bersahabat baik dari zaman universiti cuma masing-masing tidak mahu menyuarakan tentang kisah cinta masing-masing. Mereka masih lagi berhubungan walaupun masing-masing sibuk dengan pekerjaan mereka.

“Intan, jom keluar..kita lunch sama-sama nak hari ni?”Liza bersuara apabila panggilannya disambut Intan.

“orait jugak..dah dua minggu kita tak jumpa kan?tak ajak Daniel and Aizat sekali ke?” Intan bersuara.

“tak payah kot.. Liza ada benda nak beritahu Intan. Kita jumpa kat restoran nasi ayam favorite Intan tu ye, bye”Liza mematikan panggilannya apabila Intan bersetuju. Liza tersenyum dan terus menyambung tugasnya yang tergendala. Liza yang bertugas sebagai pegawai besar di sebuah syarikat sentiasa sibuk menyebabkan dia jarang berjumpa Intan yang bekerja sebagai pensyarah di UM. Tengahari itu mereka berjumpa di tempat yang dijanjikan.

“apa yang kau nak cerita tu?”ujar Intan sambil menghirup fresh orange yang dipesannya. Intan memang sedikit kasar penampilannya namun dia menyayangi rakannya itu lebih dari segalanya.

“erm.. Aizat ajak Liza kahwin bulan depan..dia kata tunang pastu terus nikah..nanti Intan jadi pengapit Liza ye” Liza bersuara sambil tersenyum. Intan yang mendengar terkejut dan tersedak.

“biar betul?sejak bila korang bercinta ni?”Intan bertanya lagi.

“masa kita habis belajar dulu.. Aizat cakap yang dia sayang Liza.. Liza pun suka kat dia sejak kita berkawan dulu”jelas Liza. Intan hanya mengangguk perlahan dan menggariskan senyuman yang terpaksa kepada Liza.

Malam itu Intan termenung di balkoni rumahnya. Kata-kata Liza siang tadi terngiang-ngiang di kepalanya. Sebenarnya selepas dia kecewa dengan teman lelakinya Remy, hati dia terpaut dengan keikhlasan Aizat berkawan dengan mereka. Aizat seorang lelaki yang baik dan sangat pandai mengambil hati perempuan. Dia juga menghormati Liza dan Intan. Intan memang tidak pernah memberitahu tentang perasaannya kepada Liza, Daniel mahupun Aizat. Dia memang mahu perasaannya dipendam saja di dalam hati kerana tidak mahu dikecewakan lagi.  Selepas dia putus cinta dengan Remy dia mengubah penampilannya yang lemah lembut menjadi kasar. Mungkin kerana wataknya yang agak kasar menyebabkan dia tidak dipandang Aizat. Tanpa dia sedar, Aizat menyimpan perasaan terhadap Liza dan sebaliknya. Intan melepaskan keluhannya dan sejurus itu air matanya mengalir. Sedang dia sibuk melayani perasaan, telefonnya berbunyi dan satu mesej masuk.

Daniel: kau dah tahu cerita Aizat and Liza nak kahwin..tak sedih ke??

Mesej yang dikirim ditatap Intan berkali-kali. Daniel tahu ke aku suka Aizat?

Intan: tahu..kenapa pulak aku nak sedih..kawan nak kahwin kenalah support

Daniel:kau kan syok kat Aizat..takkan tak sedih..by the way jumpa aku kat wangsa walk esok ok?

Intan membaca mesej yang dikirim Daniel. Dia hairan kerana Daniel seakan dapat membaca isi hatinya. Dia membiarkan saja mesej Daniel tanpa membalasnya. Dia menuju ke bilik tidurnya dan melelapkan matanya.

Keesokan petang di Wangsa Walk…

“hey..lama tak jumpa kau..sorilah aku busy sikit sekarang”sapa Intan apabila melihat Daniel sedang menunggunya di sebuah kafe.
“hey beb..banyak kerja sangat ke?aku ni engineer pun ada masa nak jumpa kawan-kawan tau”Daniel bersuara apabila disapa Intan.

“yelah..sori ye..macam-macam hal lah..makin kurus kau ni..baru dua minggu kita tak jumpa”ujar Intan sambil tergelak.

“biasalah orang sibuk..ehh..kau tak sedih ke Aizat nak kahwin..?dengan kawan baik kita pulak tu..”soal Daniel apabila melihat Intan sedang melepaskan rambutnya.

“hah?kan aku dah kata bestfriend aku nak kahwin..buat apa sedih-sedih”balas Intan selamba. Dia menyembunyikan perasaan sedihnya.

“aku tahu kau suka Aizat tu..tak payah sembunyikan la”ujar Daniel serius.

“err..mana kau tahu ni?”pipi Intan sudah mula merah apabila ditanya soal hatinya.

“aku tahulah..aku perasan kalau Aizat ada sekali dengan kita, kau lain sikit..pastu pandangan kau pada Aizat tu lain..aku ni lelaki aku tahulah..actually aku ajak kau keluar ni sebab aku nak luahkan perasaan aku. Aku suka kat Liza tapi aku tahu Aizat suka dia and Liza pun macam tu”jelas Daniel panjang lebar sambil memandang wajah Intan.

“memang aku suka kat dia beb tapi nak wat macamana dia pilih Liza. Aku memang sedih tapi untuk kebahagiaan dia dan Liza aku sanggup berkorban. Kau suka Liza?kenapa kau tak pernah cakap?aku rasa biar jelah diorang bahagia kan?” Intan bersuara.

“kau sanggup ke korbankan cinta kau?aku tak sangguplah..”Daniel bersuara lemah.

harap ada response dr korg..bru 1st time tulis cite..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2011 03:26 AM | Show all posts
not bad,,,

good intro....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2011 04:29 PM | Show all posts
Selepas menunaikan solat isyak, Liza segera menghadap laptopnya kembali untuk membuat persediaan mesyuarat keesokan harinya. Yahoo mesengger dibiarkan online menunggu Aizat menegurnya. Sedang dia sibuk meneliti buku catatannya untuk mesyuarat esok, kedengaran YM nya berbunyi.

Aizat: busy ke? Buat apa tu my dear?
Liza: sikitlah..tengah prepare untuk meeting esok..aizat dah solat?
Aizat: dah.. Aizat tak sabar nak tunggu hari bahagia kita..aizat sayangkan Liza taw
Liza: sabar lah sayang..insyaAllah kita akan bersatu nanti.. Liza pun sayang Aizat..
Liza tersenyum membaca perbualannya dengan Aizat di YM. Dia tahu Aizat sangat menyayangi dirinya dan dia berharap hari bahagianya akan berjalan dengan lancar. Dia teringat kembali ketika Aizat memberitahu perasaannya setahun yang lalu.

Taman tasik titiwangsa(flashback)

“ada apa Aizat nak jumpa Liza?kenapa tak ajak Daniel and Intan?”Liza bersuara apabila menghampiri Aizat yang sedang merenung tasik di hadapannya. Memang sebelum ini mereka selalu berempat apabila berjumpa.
“Aizat ada benda nak cakap dengan Liza”ujar Aizat sambil memandang mata Liza.
“cakaplah..macam serius je..suspen Liza” Liza berkata sambil melarikan lirikan matanya dan memandang tasik.
“actually Aizat suka kat Liza..err..aizat nak hubungan kita ni lebih dari kawan biasa..boleh Liza?”Aizat bersuara. Kesopanan Liza menarik minat Aizat untuk menjadikan Liza sebagai teman istimewanya.
“Aizat jangan buat lawak kat sini..soal hati tak boleh main-main tau”ujar Liza tanpa memandang Aizat. Dia tidak mahu perasaannya dipermainkan. Dalam hatinya dia gembira kerana selama ini dia tidak bertepuk sebelah tangan.
“Aizat serius ni Liza..aizat nak Liza tahu yang Aizat betul-betul sayangkan Liza..jadi Aizat harap Liza terima Aizat”ujar Aizat lagi dengan harapan Liza menerima cintanya.
“kalau betul Aizat serius dengan Liza..bila kewangan kita dah kukuh, Aizat jumpa keluarga Liza..”Liza bersuara apabila lama mendiamkan diri. Sejurus kemudian dia menghadiahkan senyuman yang paling manis. Aizat juga tersenyum riang kerana dia mengerti apa yang dimaksudkan Liza. Dia faham Liza sudah menerimanya.

Begitulah kisah mereka apabila Aizat meluahkan perasaannya kepada Liza. Tanpa mereka berdua sedar, Daniel dan Intan juga menyimpan perasaan kepada Liza dan Aizat. Sementara itu, Daniel membaringkan tubuhnya di atas katil memikirkan kata-kata Intan petang tadi. Intan menasihatinya agar melupakan Liza kerana Liza bakal menjadi milik Aizat tidak lama lagi. Dia juga tidak sanggup untuk menghancurkan kebahagiaan mereka berdua. Terbit rasa kesal kerana tidak meluahkan perasaan yang dipendam itu. Akhirnya dia terlena kerana hanyut dengan masalah cintanya itu.

Tengahari itu Daniel menuju ke restoran yang berdekatan dengan syarikatnya untuk lunch seperti biasa. Tiba-tiba dia terpandang Aizat berjalan memasuki kedai baju pengantin. Mesti dia nak beli baju kahwin nanti..nak tegur ke tak nak ye, soal Daniel dalam hati. Beberapa minit kemudian kakinya melangkah menuju ke kedai tersebut. Ketika dia melangkah masuk ke dalam kedai itu, pandangannya terhenti melihat Liza yang berpakaian lengkap dalam busana pengantin. Keanggunan Liza menyerlah menyebabkan mata Daniel seakan terpukau melihat Liza.

“hai bro! jangan tenung lama-lama bakal isteri aku tu..”Aizat bersuara dalam nada bergurau apabila melihat insiden itu. Liza yang berada di situ hanya tersenyum melihat gelagat Daniel.
“err..sori bro..cantiknya kau Liza. Bertuah kau bro..”ujar Daniel. Mukanya memerah kerana malu apabila ditegur sebegitu. Dia memuji kecantikan Liza berkali-kali di dalam hatinya.
“tengoklah bakal husband dia siapa..kau dari mana ni?”ujar Aizat bangga.
“aku dari pejabatlah..nak pergi lunch..korang dah makan?jomlah sekali..lagipun aku sorang je”ajak Daniel.
“takpe..kitaorang baru je lunch tadi…sori ye Daniel”liza bersuara. Sejurus kemudian, Daniel berlalu meninggalkan mereka.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 12:30 PM GMT+8 , Processed in 0.052391 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list