|
Kebimbangan pelabur terhadap unjuran jejas prestasi pasaran tempatanBURSA Malaysia ditutup rendah secara menyeluruh semalam, dengan kerugian diketuai kaunter berkaitan indeks seperti PETRONAS Chemicals dan CIMB, berikutan pelabur mula bimbang terhadap unjuran.\rPada penutup, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 11.82 mata atau 0.79 peratus, kepada 1,472.16 selepas dibuka 6.66 mata lebih rendah pada 1,477.33.\r\n\n\n\n\r Di pasaran serantau, Indeks Hang Seng Hong Kong naik 0.45 peratus untuk ditutup pada 19,486.87, Indeks Komposit Shanghai susut 0.73 peratus kepada 2,515.86 manakala Indeks Harga Saham Komposit Korea turun 1.96 peratus kepada 1,710.70 mata. Indeks Straits Times Singapura turun 1.82 mata untuk ditutup pada 2,731.81.\r\r\n\n\n\n\n Petunjuk pasaran Indeks Straits Times Singapura susut 3.23 peratus pada Jumaat kepada 2,733.63 mata manakala FBM KLCI turun 19.32 mata atau 1.3 peratus kepada 1,483.98.\rIndeks Kewangan Bursa Malaysia susut 118.53 mata kepada 14,022.46, Indeks Perladangan turun 76.34 mata kepada 7,162.79 manakala Indeks Perusahaan susut 11.92 mata kepada 2,733.97.\rIndeks FBM Emas turun 83.99 mata kepada 10,073.97, Indeks FBM Mid 70 turun 99.1 mata kepada 11,000.97 dan FBM Ace turun 42.03 mata kepada 3,784.04.\rKaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 580 berbanding 207 dengan 253 kaunter tidak berubah dan 448 yang lain tidak diniagakan.\r\n\n\n\n\rSejumlah 853.772 juta saham bernilai RM1.672 bilion diurusniagakan, susut berbanding 958.9 juta saham bernilai RM2.19 bilion yang diurusniagakan Jumaat lalu.\rBeberapa pasaran serantau menunjukkan pemulihan, sebahagian besarnya disebabkan spekulasi bahawa Rizab Persekutuan AS mungkin mengumumkan langkah-langkah untuk merangsang ekonomi.\rOSK Research dalam laporannya bagaimanapun menyebut banyak negara Eropah dan AS mempunyai ruang pergerakan yang terhad, memandangkan mereka dibelenggu defisit belanjawan yang besar.\rHwangDBS Vickers Research berkata berdasarkan kedudukan itu, kecenderungan untuk menjual saham semakin rancak berikutan tempoh dagangan yang pendek minggu depan sempena musim cuti perayaan.\rSaham yang meningkat termasuk Niche Capital, yang menokok 20.5 sen kepada 44 sen, Tradwinds menambah 15 sen kepada RM9.15 dan Shell menokok 12 sen kepada RM10.26.\rKaunter paling rugi pula ialah Fraser & Neave, Lafarge Malayan Cement dan Batu Kawan, yang masing-masing turun 36 sen, 33 sen dan 30 sen, kepada RM17.50, RM6.97 dan RM15.60.\rAntara saham paling aktif, Malayan United meningkat empat sen kepada 20 sen, Axiata susut dua sen kepada RM4.98 dan Petronas Chemicals turun 16 sen kepada RM6.24.\rBagi saham berwajaran tinggi, Maybank untung satu sen kepada RM8.64, CIMB susut 16 sen kepada RM7.77, Maxis menambah enam sen kepada RM5.41 dan Tenaga Nasional susut enam sen kepada RM5.49.\rJumlah dagangan di Pasaran Utama berkurangan kepada 672.468 juta saham bernilai RM1.647 bilion berbanding 777.02 juta saham bernilai RM2.16 bilion pada Jumaat.\rJumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 106.445 juta unit bernilai RM16.983 juta berbanding 104.28 juta unit bernilai RM19.93 juta sebelumnya.\rWaran susut kepada 72.379 juta saham bernilai RM7.216 juta berbanding 75.86 juta saham bernilai RM6.58 juta pada Jumaat.\rBarangan pengguna menyumbang 31.629 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan 120.566 juta, pembinaan 36.583 juta, perdagangan dan perkhidmatan 256.801 juta, teknologi 12.54 juta, infrastruktur 16.23 juta, kewangan 71.363 juta, hotel 453,100, hartanah 86.776 juta, perladangan 31.554 juta, perlombongan 17,100, REIT 6.508 juta dan dana tertutup 99,500. – BERNAMA\r
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|